Tuesday, April 27, 2010

...waRkaH...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sampai je kat kelas pagi tadi,Feha hulurkan satu sampul surat untuk saye..
hurrmmm... suspen..
sape lak yang bg surat nih.. hehe..
dah la feha yang jd posmen tak rasmi..
wakaka..

yang istimewanye..
feha pun dapat surat tu..
sahabat2 len pun..
tapi,ape kandungnnye ye?..

kat cni, sy nak kongsi pe yang penulis tu bagi..
Tajuknye : warkah untuk hawa dari adam..
mungkin ramai yang pernah baca, tp sy rase isinya agak berbeze dengan ape yang pernah sy bace sebelum ni..

ohh HAWA...
Hawa... Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam, dirmu dizalimi, hakmu dicerobohi, ditanam hidup2.. Tiada penghormatan walaupun secebis oleh kaum adam. Dirimu hanya sebagai alat pemuas nafsu mereka. Tapi kini, bila rahmat Islam terpelihara, dirimu dihargai dan di pandang mulia dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan dunia ini melainkan wanita solehah..

Wahai Hawa... Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya?? Kenapa engkau masih segan mengamalkan isi kandungannya?? dan kenapa masih was-was dalam mematuhi peraturanNya???

Wahai Hawa... Jangan sesekali engkau mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu. Dengan ayu wajahmu, dengan tubuhmu ,jangan engkau menghentakkan kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.. JANGAN HAWA!! Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum lelaki yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu,kerana dikhuatiri ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah,tetapi memberi kegembiraan kepada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan. Alat yang dieksploitasi oleh syaitan dalam menyesatkan Adam...

Hawa... Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.. Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.. Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama, ad-din Allah..

Hawa... Andai engkau belum berkahwin,jangan engkau risau akan jodohmu,ingatlah Hawa janji Tuhan kita.. Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata untuk seorang lelaki.. Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki... Kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi meransang nafsunya.. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana dikhuatiri dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan.................., takut lahirnya kejahatan yang menguasai diri..

Hawa.. Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa.. Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya.. Lelaki yang warak tidak menilai wanita dari keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncangkan iamn mereka.. Tetapi HAWA, lelaki yang baik akan menilai melalui akhlaknya,peribadinya dan ad-dinnya.. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya.. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta.. Sebabnya, dia tahu apa matlamat dalam sebuah perhubungan antara lelaki dan wanita iaitu perkahwinan...

Oleh itu HAWA... Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.. Andaikata ditakdirkan tiada cinta dari kaum Adam untukmu, cukuplah cinta Allah yang menyinari dan memenuhi jiwamu.. Biarlah hanya kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu.. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu...

Hawa... Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.. Cintailah keluarga kerana tiada cinta sesuci cinta ibu bapa dan keluarga..

Hawa... Ingatan yang terakhir.. Jangan sesekali tanganmu ini menggoncang keimanan kaum Adam.. tetapi biarlah tangan yang lembut ini bisa menggoncangkan dunia dalam mencapai keredhaan Ilahi..

......................................................................................

Ya Allah...
Jauhkanlah aku dari menjadi fitnah bagi kaum lelaki...
Jauhkanlah aku dari memberi fitnah kepada agamaMu..
Dan peliharalah aku dengan cahaya petunjukmu...
Amiin...........

p/s : tq kepada penulis surat,hehe.. Barakallahufik...=)

No comments: