Sunday, January 24, 2010

AzAm bArU…

Melangkah ke tahun baru, pastinya membawa kite ke arah satu perubahan dan paradigma yang baru.. Semuanya baru.. Azam baru, matlamat baru,pakai baju baru,kasut baru.. Hehe…
Bagi tahun hijrah 1431, kite dah berada di bulan Safar.. Mase yang berlalu begitu cepat dan menghambat diri kite untuk sentiasa mengejar masa dan yang paling utama, menghargai masa yang kita ada…

Bila bercakap tentang tahun baru hijrah, pastinya mengingatkan kita kepada hijrah Nabi ke Madinah.. Hijrah yang penuh dengan cabaran, dugaan dan menguji keimanan.. Dan yang paling utama ialah,hijrah tersebut adalah hijrah yang berstrategi.. Dan kerana hijrah ini juga, syiar Islam semakin berkembang luas dan dapat kite nikmati pada hari ini..

Persoalannya sekarang, apakah kite menghayati makna sebuah hijrah?? Apakah kita menghargai jasa dan pengorbanan para muhajirin yang memperjuangkan Islam pada suatu masa dahulu??

Fikir2kanlah sahabatku…
Nabi Muhammad dan para sahabat telah berhijrah dan berjuang untuk mempertahankan Islam.. tapi kite?? Apa sumbangan kite?? Apa perubahan yang kite lakukan?? Apakah perjuangan yang kite laungkan??

Jadi, sy nak ingatkan diri saya dan shbt2 sekalian, marilah kite membulatkan azam baru dan jadikanlah perjuangan memdaulahkan Islam sebagai azam utama yang kite sematkan dalam diri dan jiwa kita.. Kite pasti terfikir, camane nak berjuang? Negara kita mane ade perang ke rusuhan ke?.. =)

Begini,shbtku2…
Andai kata kite seorang pelajar, belajarlah rajin2.. Score yang terbaik.. Pelajari kemahiran dan perbanyakkan ilmu dengan membaca,dan praktikkan dalam kehidupan..

Andai kata kite seorang guru, sebarkanlah ilmu dan luaskanlah sayap dakwah.. Bina jiwa insan dengan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah… Suburkan hati2 yang kering dengan ilmu dan lembutkanlah hati mereka dengan nasihat dan istifadhah yang berhikmah...

Andaikata kita seorang hakim, letakkan keadilan dalan setiap perbicaraan yang kita hakimi.. Adili pesalah dengan penuh tanggungjawab dan tanpa diskriminasi.. Jika benar, pesalah itu terbukti salahnya, hukumilah mereka dengan kewajaran berpaksikan syariah yang telah termaktub dalam kitab panduan sepanjang zaman,iaitu Al-Qur’an..

Andai kata kita seorang doctor, rawatilah pesakit dengan penuh keazaman.. Berusaha sedaya mampu, dan letakkanlah tawakkal sepenuhnya pada Allah..

Andai kata kita seorang penganggur, jangan jadikan alasan tiada kerja sebagai penghalang bagi kita untuk maju.. Isilah masa lapangmu dengan kerja2 yang berfaedah dan sumbangkanlah khidmat dan baktimu untuk agama dan bangsa…

Jadi, tidak kiralah siapa pun kite dan di mana pun posisi kita, berjuanglah mengikut cara kita.. Inilah masanya untuk kita bangkit kembali.. Menyambung rantai-rantai perjuangan para Rasul dan Nabi.. Kalau bukan kite yang yang bangkit,siapa lagi?? Kalau bukan sekarang kita mulakan,bila lagi?? Kalau bukan di sini,di mana lagi??..