Thursday, September 9, 2010

...saLam aiDiLfitRi...(^_^)...

Assalamualaikum w.b.t..

Di sebalik kad dan bunga raye...
2 sept 2010...

"Cikgu, ni kad raye utk cikgu.."
(Sy tersenyum,menyambut kad raye dari pljr taun lima,Siti Farhana)
Itulah kad raye pertama utk taun ni yang sy dapat... terharu n gmbira sgt2.. sbb,ia dtg tulus ikhlas dr seorg pelajar...)

Sebelum balik,sy menghampiri seorang murid taun satu..
Dia menghulurkan sesuatu...
"Cikgu, sy nak bg bunga raye ni.. Untuk cikgu, sbb da nak raye.."
(Terpaku dan sy tak dapat nk kate ape.. Hanya mampu tersenyum dan menyambut pemberiannya.. then, smpat gak snap gambar..) hehe...

Itulah antara sedikit pengalaman dan situasi yang sy alami ketika menjlani PBS (pengalaman berasaskan sekolah fasa 2) atau SBE baru2 ni.. Mungkin nampak mudah.. Kad dan bunga raye,kan?.. tp,sbnrnya ia penuh makna..
"TERIMA KASIH,DAKU UCAPKAN UTK SEMUA MURID DAN WARGA SK SERI BUDIMAN 2.."

Kad raye utk semua...hehe

.........................................................................
Nukilanku...

Ramadhan menggamit untuk pergi..
Teringat lak time kecik2..
Bulan puase,abah belikan bunga api..
Pastu,buat kuih ramai2...

Bile dah besar cm skrg..
Kemeriahan agk kurang dirasai...
Namun,syukur kupanjatkan...
Msih berkesempatn ber'aidilfitri' pada taun ni...

Ujian,mehnah,tribulasi dan dugaan...
sentiasa menemani perjalanan hidup..
moge pen"tarbiyah"an ramadhan menguatkan momentumku utk melangkah..
berlari dengan laju,dengan semangt dan keazaman baru..
menunaikan amanah sebagai khalifah dan abid yang hina...

buat yang telah tiada...
sekalung doaku hadiahkan buatmu..
moge dirimu bahagia di pangkuanNya..
sungguh!! rindu sering menggamit diri ini..
namun ku tahu...apalah dayaku menolak takdirNya..
dirimu harus pergi dulu...

JOM!!!
Lakarlah senyuman di aidilfitri ini..
Kembali semula pada fitrah insani..
dengan wajah dan dimensi baru...
=)

Kepada semua yang mengenali sy..
"Selamat hari raye aidilfitri dan maaf atas segala2nya"
V(^_~)V

bermaaf-maafan amalan mulia.. (^_^)..
(p/s penaja : berhati2 di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang...wink3)

Wednesday, September 8, 2010

...aLmoNd LonDon...

Assalamualaikum w.b.t...

Sempena kedatangan yang mulia ni, mesti ade yang tgh bz wat kuey raye kan..
kat cni, sy nak share resepi biskut "almond london".. bley cube2 buat.. hehe..


Biskut 'almond london'...=)

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung(dan sedikit tepung kastard,lbh krg 1/2 cwn)
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras (nak ltk takpe,tak letak pun takpe)
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat masakan (bersama sedikit minyak sayur-kat kedai kuih ade jual punye)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung,tepung kastard, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang badam didalamnya.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.


Taraaa!!! Ha,ni da siap n leh makan....
best3!!!! ~ngee~

SELAMAT MENCUBE!!!
(~_^)V

Sunday, September 5, 2010

...Kemuliaan Ramadhan...

Munsyid : UNIC feat In-Team

Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

Ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu
mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

Bersyukurlah pada rahmat-Nya
(Ya Ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya Ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang
mendapat keredhaan-Nya(ya Ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

......................................................................................

Assalamualaikum w.b.t...

Firman Allah s.w.t :

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

Pejam clik,pejam dan celik lagi...
Ramadhan semkin menghampiri pengakhirannya..
ye!! Ramadhan bakal meninggalkan kita..

Sengaja sy kongsikan lirik di atas..
Untuk kita renung kembali,betapa beruntungnya kita masih diberi kesempatan untuk bertemu ramdhan pada tahun ini..
Agar kite muhasabah kembli, betapa banyaknya kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada hambaNya yang bertaqwa dan beramal soleh...

Ya Allah...
Andaikata ini Ramadhan terakhir bagiku...
Jadikanlh ia Ramdhan yang terbaik...
Terimalah pengabdianku..
Terimalah amalanku...
Dan redhailah aku sebagai hambaMu...
Aminn...

Perkongsian bersama :

Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemu dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), Dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah :

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

( sumber :http://darussyifa.org/modules )

Renung2kan dan selamat beramal (~_^)v