Saturday, December 17, 2011

...nAk yaNg mCm maNe?...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Sekian lame menyepi dari tinta penulisan di alam blogger, bukanlah bermakna diri ini menjauh dari papan kekunci yang menunggu untuk ditekan dan ditaip akan huruf2nye...cheywah...namun, sekadar mencari sedikit ruang dan peluang bagi merenung kembali perjalanan hidup yang mana semakin lame semakin mencabar likunya...

untuk post kali ini....
bukan emosi sedih ataupun air mata yang ingin ku undang...
hehehe...
hnya sebuah senyuman, mungkin...
tersenyumlah duhai pembaca...
agar hari yang dilalui terasa indah walaupn banyak beban yang menunggu untuk dilunaskan...

ha...
sepanjang musim cuti sekolah ni...
amatlah banyak kad2 perkahwinan yang datang menjengah di dalam kotak surat rumah kite...
sama ade kat rumah saya mahupun rumah pembaca, kan?
hehe...
penuhi undangan tersebut kerana Rasulullah s.a.w bersabda :

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam, yaitu bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam; bila ia memanggilmu penuhilah; bila dia meminta nasehat kepadamu nasehatilah; bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah (artinya = semoga Allah memberikan rahmat kepadamu); bila dia sakit jenguklah; dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)". Riwayat Muslim.

di sini, ingin saya sertakan bersama satu artikel yang saya perolehi dari laman iluvislam :

Memilih calon : Antara Gedik dan Realistik

“Faiz nak cari calon yang macam mana?” Saya bertanya sambil menghirup kopi yang masih panas. Tika suasana sejuk begini, setiap hirupan dirasakan cukup nikmat. Tambahan pula berbicara isu-isu tentang Baitul Muslim yang memerlukan fokus yang tinggi.

"Faiz sebenarnya taklah memilih sangat, tapi abang Hisham tengoklah senarai ini, mudah-mudahan ada yang punya ciri sepertinya. Kalau tidak semua pun, saya amat berharap 2/3 darinya dapat dipenuhi, kerana saya ingin melahirkan generasi yang bakal menyambung perjuangan Solahuddin." Ujar Faiz dengan bersemangat sambil menghulurkan sekeping kertas berlipat kepada saya.

"Wah! Serius sungguh nampaknya!" Ujar saya, tetapi hanya di dalam hati.

Saya menyambut kertas yang dihulurkan dan kemudian membukanya perlahan-lahan. Berkerut-kerut dahi saya membacanya.

1. Berkulit putih.

2. Punya lesung pipit.

3. Bertudung labuh

4. Berkaca mata

5. Berasal dari Kelantan, kalau boleh dari jajahan Kota Bharu atau Pasir Mas sahaja (mak saya minta supaya menantunya boleh makan budu).

6. Berketurunan Melayu.

7. Muda dua tahun dari saya.

8. Pandai memasak.

9. Lemah lembut.

10. Punya sifat keibuan yang tinggi.

11. Pandai mengambil hati orang tua.

12. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.

13. Komited dalam dakwah.

14. Rajin bertahajjud.

15. Tidak lebih tinggi dari saya. Tinggi saya 1.63 cm sahaja.

16. Bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.

17. Aktif bersukan.

18. Ramah-tamah.

19. Pandai memandu kereta.

20. Jangan anak sulung atau bongsu.

21. Sanggup untuk berhari raya pertama di kampung saya di Pengkalan Chepa.

22. Tidak ada sakit yang kronik, terutamanya sakit kulit.

23. Boleh juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

24. Subur, kerana saya mahukan sekurang-kurangnya enam orang anak dalam keluarga seperti Dr. Z.

Saya membaca senarai itu dengan mata yang berpinar-pinar, terasa seperti mahu tersembur air kopi yang sedang dihirup. Subhanallah, di mana harus saya cari bidadari seperti ini untuk menjadi pasangan hidupnya.

Sedaya upaya saya cuba mengawal diri, menahan tawa dan mengelakkan dari raut wajah saya berubah untuk tidak mengecilkan hatinya. Perasaan terasa bercampur-baur antara lucu dan kasihan. Sungguh 'hebat' fantasi anak muda 'dakwah' ini dalam menentukan kriteria pemilihan pasangannya.

Saya menghabiskan kopi yang panas sebelum memulakan bicara. Ada sesuatu yang harus saya katakan padanya. Namun perlu berhalus agar tidak mengusik hatinya. Dalam berdepan isu begini, kadang-kadang ikhwah mudah terasa hati.

"Akhi, anta sekarang dah hafaz berapa juzuk?" Saya menukar sedikit topik perbualan.

"Errr...baru hafaz juz 30 dan 29, itupun masih ada yang tak berapa lancar." Jelasnya jujur sambil tersengih menampakkan susunan giginya yang tidak sama.

"Macamana dengan kriteria yang saya bagi tu Abang Hisham, agak-agak ada tak akhawat yang seperti itu?" Tanya Faiz. Namun sekali lagi saya tidak menjawab soalannya dan bertanya lagi.

"Akhi, malam tadi anta solat tahajjud dan khatam 1 juzu' bacaan al-Quran tak?"

"Tak pula, letih sangat, malam tadi habis mesyuarat lambat sangat. Insya-Allah malam ni kami ada program Qiam bersama mad'u junior. Insya-Allah malam ni kami akan Qiam."

Saya mendengar jawapannya dengan bersahaja, kemudian bertanya lagi.

"Akhi, semalam berapa kali anta solat berjemaah di masjid?"

"Kenapa abang Hisham tanya soalan-soalan ni? Bukankah kita sedang berbincang tentang Baitul Muslim? Apa kena mengenanya?" Balas Faiz dengan wajah yang sedikit berubah dan suara yang agak sedikit keras walaupun masih cuba dikawalnya.

Jika kulitnya putih mungkin telah berubah menjadi kemerah-merahan tanda tidak puas hati. Tetapi kulit sawo matang melayu Kelantan yang diwarisi menyebabkan hanya kerutan yang kelihatan sedikit di dahi.

Saya hanya tersenyum.

"Beginilah Faiz, apa yang Faiz tulis dalam kertas tu bagus, cuma ia terlalu bagus. Abang Hisham yakin, dalam zaman sekarang ini, sepuluh bahkan seratus tahun mencari pun belum tentu Faiz akan berjumpa dengan calon seperti yang diinginkan jika semua kriteria tersebut harus dipenuhi."

"Tidak ada eh?" balas Faiz penuh persoalan. Keningnya diangkat sedikit.

"Kalaupun ada, mungkin dia dah kahwin dengan juara Imam Muda musim kedua agaknya. Hahaa" Saya menjawab sambil ketawa kecil. Cuba menceriakan suasana. Dia juga kelihatan tersenyum.

"Abang Hisham tanya soalan-soalan tadi supaya Faiz tahu yang Faiz pun tak sempurna mana, jadi dalam mencari calon isteri ni, tak perlulah terlalu memilih itu dan ini, sebab kita pun bukan setaraf Imam Ghazali, dengan peserta Imam Muda yang terkeluar pada pusingan pertama pun belum tentu." Jelas saya dengan bersahaja sambil merenung tepat ke wajahnya dan memberikan senyuman yang manis.

"Habis tu, bagaimana Abang Hisham?" Tanya Faiz, wajahnya kelihatan penuh ingin tahu.

"Beginilah, ...."

"Abang Hisham akan cuba tanyakan pada isteri, kalau-kalau ada calon yang sesuai. Insya-Allah, kami akan cari calon yang terbaik untuk Faiz, tapi bukan yang sempurna. Kami akan cuba tengok kalau-kalau kriteria tersebut boleh dipenuhi, tapi untuk memenuhi 1/3 darinya pun hampir mustahil."

"Anta kena ingat akhi, walaupun berada dalam sistem tarbiah dan usrah, tetapi akhawat itu tetap manusia dan tetap seorang wanita." Saya menjelaskan.

"Ada yang rupanya cantik, tapi pengamalan agamanya mungkin agak kurang."

"Ada pula yang rupanya agak sederhana dan hafazannya cuma satu juz sahaja tapi komitmen dakwahnya baik.

"Lemah-lembutnya mungkinlah tidak selembut Asyiela Putri pelakon Upin Ipin tu, tapi tidaklah pula sekeras dan se 'brutal' Kak Ros. Haha" saya menjelaskan lagi sambil tertawa. Kemudian saya menyambung bicara.

"Tentang memasak, usah dirisaukan, asalkan dia punya keinginan untuk belajar, Insya-Allah beres semuanya. Kalau nak cari yang makan budu, orang Kelantan pun tak ramai yang makan budu. Isteri ana orang Pahang, tapi hantu budu juga. Dulu ana tak makan tempoyak, tapi lepas kahwin dengan orang Pahang, ana jadi hantu tempoyak."

"Kemudian, tentang kesihatan, orang perempuan ni, ada masa dia sihat dan ada juga masa dia akan sakit, terutamanya bila mengandung."

"Tentang menghormati orang tua dan sifat-sifat mahmudah yang lain, perkara itu boleh ditarbiah dan sebahagian dari tanggungjawab suami setelah berkahwin adalah untuk membimbing isterinya dengan sifat-sifat mulia, bukan mengharapkan cinta dari bidadari syurga yang serba sempurna." Panjang saya 'mengomel'.

"Tak mengapa Faiz, nanti abang Hisham akan carikan calon yang terbaik untuk Faiz dan semestinya kriteria yang akan abang Hisham cari adalah yang paling baik agamanya."

"Banyakkanlah berdoa agar kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik, bukan yang tercantik dan bukan yang sempurna segalanya dan lupa juga meminta agar Allah memudahkan segala urusan untuk membina masjid ini. Ok, Faiz?" Saya menepuk bahunya dengan mesra. Anak muda sepertinya banyak perlukan bimbingan. Bukan leteran yang akan menghancurkan perasaan.

Perbualan di atas mungkin hanya rekaan, tetapi ia adalah hasil dari pengalaman saya dan rakan-rakan dalam mengendalikan urusan Baitul Muslim para pemuda-pemudi dalam dan luar negara selama beberapa tahun.

Ia kisah benar yang saya rangkumkan dalam satu perbualan. Mungkin agak ideal, tetapi itu sebahagian dari realiti ikhwah ketika mencari calon pasangan.

Dalam urusan memilih calon, harus diingat bahawa kita memilih calon di kalangan manusia, bukan Malaikat atau bidadari syurga.

Apabila pasangan itu namanya manusia, maka akan wujudlah kekurangan di sana dan di sini. Cuma satu pesanan yang ingin saya titipkan buat anak muda, pilihlah calon yang baik pengamalan dan penghayatan agamanya, Insya-Allah, rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih sayang dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Boleh sahaja kita memilih calon yang senegeri, yang sedap dipandang mata, punya sifat keibuan yang tinggi, pandai memasak dan sebagainya, tetapi harus diingat, bahawa kriteria pertama yang harus dilihat adalah bagaimana penghayatan agamanya, dan sejauh mana dia mengiltizamkan diri untuk membaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.

Jika penghayatan agamanya baik, maka berlapang dadalah sedikit jika calonnya dari negeri seberang atau selang dua buah negeri atau mungkin rupanya tidak secantik dan secomel Mia Sara.

Tidak ada perkara yang tidak boleh dirunding dengan ibu bapa. Mereka hanya mahu yang terbaik untuk kita, rundinglah dengan baik dan penuh hikmah, Insya-Allah, jalan keluarnya pasti ada jika kita ikhlas ingin membina rumahtangga. Tidak ada ibu bapa yang inginkan kesengsaraan anak-anaknya.

Tentang kecantikan pula, jika calon yang dipilih adalah kerana kecantikan wajahnya, maka ketahuilah bahawa selepas berkahwin, wajah yang cantik akan menjadi biasa selepas hari-hari dipandang mata dan syaitan akan menghias wanita-wanita lain yang bukan mahram agar kelihatan lebih cantik di pandangan mata kita.

Akhirnya, yang kekal hanyalah akhlak dan pekerti yang mulia, juga keazaman untuk melahirkan dan membangunkan anak-anak singa pewaris Imaduddin, Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al Ayyubi.

Usah terlalu gedik dalam memilih calon, tetapi biarlah realistik.

Akhir sekali, apa yang paling penting adalah bermesyuaratlah dengan ibu bapa dan orang-orang baik yang dipercayai dan berpengalaman.

Jangan lupa untuk beristikharah selepasnya agar segala keputusan mendapat panduan dari langit yang tertinggi. Insya-Allah.

............................................................

haa...

ape komen anda?

utk perkongsian di ats, saya yakin pmbaca boleh membuat kesimpulan masing2...

susah sebenarnya nak mencari calon atau pasangan hidup yang sempurna...

so,jgn terlalu mengharapkan kesempurnaan kerana pada diri kita pun ade kekurangan dan kelemahan kita yang tersendiri... Yakinlah bahawa, lelaki mahupun wanita yang telah ditakdirkan untuk kita itu adalah yang terbaik yang Allah janjikan buat kita... Diri kita adalah pelengkap kepadanya dan dia adalah pelengkap untuk diri kita...

mencari yang sempurna itu tidak salah, namun adakah kita ini sempurna untuk memiliki 'dia' yang sempurna?

hehe...senyum jelah...

apepun dan siapapun pilihan kita, moga dia yang kita pilih adalah pilihan Allah buat kita...

paksikanlah pemilihan calon atau pasangan hidup kita dengan panduan yang tetap digariskan oleh Baginda s.a.w :

Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan.

(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

~semoga bermanfaat....

.............................................................

psss........

SELAMAT PENGANTIN BARU buat kenalanku :

~Wan Norhayati bt Wan Ismail dan pasangannya

~Zuraida bt Zamri dan pasangan...

Moga berbahagia hingga ke syurga... Baarakallahu lakum....(^_^)v

..............wassalam...............

Tuesday, November 22, 2011

...APABILA RINDU ITU DATANG...

Assalamualaikum w.b.t...

Bismillahirrahmanirrahim....

Ini sekadar cerite....hehe

.................................................................................

Teringat dialog saya dengan ayah…

Baru je peristiwa ni brlaku…

Mase abg yi kawen hari tu…<4 Jun 2011>

Lepas abg yi akad nikah, saya duduk kat sebelah ayah..

Tetibe..

Ayah menangis…

Saya paham…

Tak lain, msti sbb ayah rindukan chek…

Saya diam…

Sebab sy pun same…

Rindu yang datang…tak pernah sy dapat ungkap dgn kate2…hanye hati yang mengerti..

Kate ayah, “dah hampir 4 tahun chek takde, dik”… Ayah teringat sokmo kat chek…

Maafkan sy, ayah…

Sy tak tahu nak kate ape mase tu…sy hanye diam…

…………………………………………………………………….

1 Syawal baru2 ni….

“Ayah….ni duit raye utk ayah…” saye tersengih…hehe…

Kate ayah, “buat ape bg duit raye untuk ayah? Adik gunelah, buat belajar…”

“Dakpela…bukan sokmo adik bagi duit kat ayah…ambikla ayah…mane tahu umur adik tak pnjg, sekurang2nya ayah merasa duit yang adik bg…ambiklah ayah, walaupun tak banyak…”

Mama menambah..’betul tu, ambiklah…bukan sokmo dia bg duit tu…duit raye kan…=)

Akhirnya, ayah ambik duit tu…

Ape pun…

Bukan saya yg pergi…tapi ayah yang tinggalkan saye….

Itulah yang terakhir…

Pertemuan sy yang terakhir dengan ayah…

Di saat nyawa masih dikandung badan..

2 November 2011…

Tika subuh menjelang…saya terima berite sedih itu….

Berite yang mahu atau tidak…

Perlu saya terime…

Ye…

Pasrah….

Dialog yang saya takkan lupe…

“Adik…ayah tak de dah…”

Walau pun sy rapat dengan chek…namun, rase sedih yg saya alami tika itu lebih menyakitkan…

Mungkin krn sy ade ayah bile chek pergi…

Ayah yang sentiase mengingatkan sy pd chek…

Tp, bile ayah takde…T_T

Hmmm…

….sampai cni je, tak leh nak teruskan cerite dah…mungkin lain kali…;)

…………………………………………………………..

Ape yang sy tulis kat cni…

Bukan kerana ape…

Tp, skdar ingatn sy pade chek dan ayah…

Tak sempat sy buat apepun utk bls jasa dan bakti mereka…

Kadangkala…

Kelihatannya sy ni sedikit tidak berperasaan…sukar meluah ape yg saya rase…

Namun..rasa kasih dan sayang utk mereka itu hanya Allah saje yang tahu…

Doa dan titis air mata kerana rindu yang hadir itu…

Akan terus sy titipkan untuk mereka…

Mereka yang semakin jauh dan menjauh daripada saya…

...........................................................................

same2 la kite beringat...

Allah s.w.t telah berfirman :

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Surah Ali Imran 3:185)

Wednesday, October 26, 2011

...fAceBook...

Bismillahirrahmanirrahim........

Assalamualaikum w.b.t....

Facebook...
Mukabuku...
FB...

ehe...

dah lame sy berfikir tentang FB ni..
perlukah?
hmmm...
bukankah itu satu medium dakwah?
ye...
tapi...
klo tak kne cara...
bleh bertukar kpd medium2 yang tak sepatutnya pula..
huhu..

lagi satu...
FB kan yahudi punye?

abes tu?
blog...
google...
yahoo...
twitter...
dan lain2 tu...
sape yg punyer?

then...
fikir lagi...
ntah la....
mungkin akaun tu boleh dibuka...
tp perlu dikawal...
kalo tak terkawal, mcm mane?
delete or deactivate la jawabnye,kan?
hehe........

............................................................................

pe pun...
banyak yg sy timbang sebelum sy buka akaun facebook...
pro n kontranya...
ape tujuannya.....
dan sy...
perlu ade prinsip tersendiri mcm mane nk handle fb tu........
hhmm.......
susah...

............................................................................
pendapat tentang pro n kontranya FB :

kat cni sy sertakan pendapat us hasrizal...

http://saifulislam.com/?p=6714

...........................................................................

mungkin ini masenya...
so...
join me on Facebook la pulak ek... (Wardah Diana)
ohho...

...........................................................................
p/s : hope masih bleh meneruskan penulisn sbg blogger...namun...bnyk komitmen yg menanti sy utk taun dpn...memerlukan sinergi yang betul2 kuat...fikiran yg benar2 mantap, strategi yg betul2 hebat dan emosi yang benar2 sihat..............

semoga....jiwa utk menulis terus utuh......

pray for me...uhu..

babai...

wslm...(^_^)

Wednesday, September 28, 2011

...doa dipermudahkan urusan...

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"

(Al-Baqarah : 286)

...(^_^)...

Bismillahirrahmanirrahim...............

Catatan 28 september 2011....

Ya Allah....
Setiakanlah cintaku,hanya padaMu........

.............................................................................

Ku Serah Cinta

Munsyid : In-Team

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini


Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)

................................................................

Ya Allah....
Teguhkan hatiku dengan kerinduan padaMu....

.................................................................

Atas Nama Cinta

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

...........................................................

Ya Allah.......
Saratkanlah tahajudku dengan taufiq dan hidayahMu.........

..............................................................

Berkatilah.......
setiap saat yang telah kau kurniakan dan telahpun berlalu dalam hidupku...
Rahmatilah.....
setiap saat sisa hidup yang masih berbaki ini sehingga detak nafasku yang terakhir...

Hari ini telahpun berlalu...
Masihkah bertemu hari esok, adalah jaminan yang belum pasti...
Kehidupanku adalah ketentuanMu...
dan..
andai masih terus diberi ruang dan peluang...
jadikanlah aku insan...
yang sentiasa berbahagia...
dengan tarbiah serta ujian dan nikmat dariMu...

.........................................................

Maafkanlah...
atas segala salah dan khilafku...
Ku akui kelemahanku, ya Tuhan...
MaghfirahMu kupohonkan...

.......................................................

Tiada cinta yang lebih agung, seAgung cintaMu...
dan aku...
sentiasa mendambakan cintaMu itu....
untuk dulu, kini dan selamanya....

..........................................................

~hasbiyAllahu wa ni'malwakil~

...wassalam...


Friday, September 23, 2011

...M.A.L.A.S...

Bismillahirrahmanirrahim...

Asslamualaikum w.b.t...

Ape lawan pada perkataan m.a.l.a.s?
Sudah tentu la jwpnnye adalah r.a.j.i.n...
Huhuhu....


Ade jugak orang bagi name kucing dye : m.a.l.a.s...
Memang macam2 la...

M.A.L.A.S...nak belajar...
M.A.L.A.S..nak buat esaimen...
M.A.L.A.S..nak buat segale2nye.....

Macam mane la nak hilangkan rase malas ni...
Apatah lagi bile bergelumang dengan esaimen yang memang tak abes2...
Yang menguji kekuatan minda dan emosi yang cukup2 hebat...
Alahai....
Adoi pun...........~

Bile malas...
Mulala rase mengantuk...
Dan ubat pada mengantuk...semestinye TIDO!!!
Tp...klo tdo...esaimen tak siap...mulela menyesal...
Then, menggelabah tak tentu pasal...
Pastu..esok luse...
Bersengkang mate siapkan esaimen...
Adoi pun............~
Tabiat yang tak bagus betul...


Macam mane nak ilangkan rase malas??? pada pendpat sy..cara2 di bawah ni,boleh membantu cket sebnyk untuk 'delete'kan rase malas tu... huhu..

-Ambik wuduk...mesti akan rase segar sikit...(klo solat sunat 2 rakaat, lg bagus)
-jgn lupe, bace qur'an...(semoga hati sntiasa tenang dan bersemangat)
-minum air kosong...(biar bertambh cket oksigen dalam darah...)
-keluar sekejap dari ruang bljr/kerja...g ambik angin kat luar..tp jgn lame2 sngt...

hmmm.........
tips kat bawah ni pulak, sy ambik kat iluvislam...hrp2 dpt hilangkan rase malas sy ni...kawan2 pun leh la cube skali yep...

1. Membasuh muka atau mandi ketika rasa mengantuk menyerang.

2. Mengubah posisi duduk ketika membaca. Misalnya dari duduk berubah menjadi berdiri, namun disarankan jangan dari duduk terus berbaring kerana ia boleh membawa kepada tidur.

3. Berpindah dari ruang baca ke ruang yang lain. Kalau kita berada di dalam bilik, berpindah dari bilik kita ke beranda, ruang tamu atau boleh juga ke dapur.

4. Menghirup udara yang segar dengan cara berdiri di tepi tingkap atau membuka tingkap yang terdapat di bilik lain untuk menambah kesegaran. Kita boleh juga memberikan bau aroma terapi kepada ruang tempat kita berada, misalnya dengan menyembur ruangan dengan wangi-wangian dan jika ada kipas angin, kita boleh menyembur pada kipas untuk menyebarkan wangi-wangian tersebut ke segala ruang. Ini kerana mungkin tidak semua ruang tempat kita berada mempuyai tingkap untuk pengudaraan.

5. Berjalan-jalan sebentar di sekeliling rumah. Boleh diganti dengan kegiatan yang lain misalnya merapikan rak yang berselerak, atau kegiatan yang lain yang boleh menggerakkan otot-otot kita.

6. Berbincang-bincang sebentar dengan keluarga atau kawan-kawan namun mengenai hal yang baik bukan hal yang buruk. Hati-hati jangan sampai lupa tujuan utama dalam berbincang-bincang iaitu untuk menumbuhkan semangat, bukan untuk berbicara hal-hal yang melalaikan bahkan juga mengumpat!

7. Berdiri membuat secangkir kopi, teh, susu atau juice untuk menghilangkan kebosanan dan menjernihkan akal.

8. Mengubah kegiatan kebiasaan kita. Contohnya jika bosan menghafal surat, boleh gantikan dengan membaca, jika membaca pula bosan boleh diganti dengan mendengarkan CD.

dan,jadikanlah firman Allah ini,sebagai pedoman dan ingatan kita bersama...

"Bersegeralah kamu melakukan kebaikan." (Al-Baqarah: 148)

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." (Al-Insyirah : 7)

.......................................................................................

Bercakap pasal malas ni...

Klo diri sndiri tak nak ubah, sebnyk tips mane pun, takkan menjdi punye..

Kerana...

Sumenye bergntung pada keinginan kita utk jadi rajin...

Tak mudah nk jd rajin...

Kena paksa diri bnyk2...huu..

........................................................................................

Ya Allah...

Kurniakanlah 'sifat rajin' untukku dan jauhkanlah aku dari 'sifat malas...'

.........................................................................................

Hmmmm.........JOM MOTIVASI CKET!!!

Klo malas,kite takkan ke mane...

Keje tak siap, malah makin banykla pulak...

Kite da abaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar,anak dan juga hamba kpd pencipta!

coz, kite dijadikan bukan utk brmals-malasan.......

Memang besar KESALAHAN orang yang pemalas ni...

Uhuu....

Pesanan ni lbih kepada utk diri sendiri...

Moge dapat dikongsi dengan pembaca yang budiman jugak...

..................................................................................

Coretan terakhir...

Teringat pesan mama sewaktu sekolah dulu...time kecik2 dulu... mama kate :

"kalo adik mintak harta banyak2, belum tentu mama boleh bagi...tapi, kalo adik mintak dengan mama untuk belajar dan cari ilmu, mama akan bagi dan sanggup gadai harta yang mama ade untuk sekolahkan adik............"

so,WARDAHDIANA...jgn malas2....(T_T)

...................................................................................

ok..

JOM BELAJAR!!!

JOM BACE BUKU!!! (IQRA'! IQRA'! IQRA'! )

JOM BUAT ESAIMEN!!!

hehehe...

Lupekan yang lain...(dush3)

(~_^)

....Wallahua'lam...


Monday, September 19, 2011

..anda, dia dan cerita...

Bismillahirrahmanirrahim....

Coretan ini untuk anda...
orang yang saya sayang dalam hidup saya...
dan air ini takkan putus, walaupun dicincang seribu....!!

Pada mulanya...
Sy salahkan anda...
Saya marahkan anda...
Saya sedih dengan anda...
Kerana...
Anda tak boleh lupe dia...
Anda terlalu percayakan dia...
Anda sayangkan dia lebih...

Namun...
Apabila saya tahu tentang itu...
Apabila saya tahu derita itu...
Apabila saya sedar hakikat itu...
Apabila saya dicerita di sebalik yang berlaku...
Marah saya beralih arah...
Dan saya...
Tersangat-sangat marah pada dia...!!
Kerana dia menyakiti anda...
Anda...
Insan yang saya sayang...
Sampai bila-bila...

Dia dah sakiti anda...
Dia yang dah buat anda terluka...
Dia juga tinggalkan duka di hati anda...
Dia yang membuat anda menunggu dan tertunggu...
Dia...dia....dan dia....

Kata anda...
Anda belum mampu memaafkan...
Ye...
Saya tahu...dan saya mengerti...
Andai saya di tempat anda...
Mungkin....
Mungkin dan Mungkin...
Tindakan yang saya ambil adalah tindakan yang sama...
Tapi...
ingatlah....
Maafkanlah dia walaupun anda sakit...
Kerana...
Dengan memaafkan,bukan bererti anda kalah..
Tapi, itulah sebenarnya kekuatan yang membuktikan kemenangan anda...

Untuk dia yang menyakiti anda...
Cukuplah...!!!
Sedar dan hargailah!!...
Berbahagialah dengan apa yang dimiliki sekarang...

Untuk anda...
Saya masih di sini...
Menunggu untuk melihat senyuman anda...
Bukan senyuman plastik!! Tapi, senyuman tulus dari jiwa dan nurani anda...
Saya rindukan anda yang dulu...
Saya rindukan senyuman anda yang dulu...
Saya rindukan 'kerajinan' anda yang dulu..
Dan percayalah...
Saya akan sentiasa ada untuk anda...
Untuk berkongsi bahagia dan sedih anda..
Sampai bile2...

Dan di setiap doa saya...
Saya pohon padaNya..
Untuk kurniakan bahagia yang anda cari...
Bersabarlah...
Bahagia itu pasti tiba...
Kalau bukan hari ini, mungkin satu hari nanti...
InsyaAllah...janjiNya adalah pasti...=)

Oklah...
dont be sad, sis...
la tahzan, ya ukhti...
He's always be by your side...
N me too..........
(^_~)

........................fullstop......................!!!

~Wassalam..........

Saturday, August 27, 2011

........Last SBE.....

Bismillahirrahmanirrahim.........

Assalamualaikum w.b.t....

Sekadar untuk merakamkan sedikit pengalaman atau cerite2 yang sy rasa menarik sepanjang menjalani School- Based Experience (SBE) baru-baru... =)

Pesan GB....

Hari first sampai school, of course kena jumpe tuan rumah...udah le sampai tepat2 jam 7.30pg, adoi...naseb baik GB pun masuk lebih kurg same ngn kiteorng... sblum jmpe GB, sempat la jumpe PK 1 dulu n taaruf ngn dua org lagi rakan SBE dari IP Bahasa Antarabangsa...

Masuk je jumpe GB, beliau pesan la...katanya :
"Selamat datang ke sekolah kami...ambillah sebanyak mana pengalaman yang ada...mana yang baik, jadikan ia tauladan dan panduan untuk kamu... mane yang tak elok tu, jangnlah ambik...hehe..tinggal aje kat pintu pagar sekolah tu...

Di bilik guru...
Suasananya best...ade air-cond, n bleh online...hehe...cikgu-cikgu pun ramah sangt...klo jumpe je, mesti tany...kmu buat SBE ke? kte orng pun jawabla; ye...(smbil senyum,hehehe..itu aje yang termampu...) then, smpat tgok cg Roslina @ kak na settle buku kedatangn murid...tak leh nak lupe jge ble tgok muke ustaz zabidi yang kepeningan utk wat kire2 before tutup buku kehadiran murid...agar kelakar di situ....bnyk kli jugak dia dtg rujuk kak na n still tak fhm....hek3...tp,at last, ustz berjaya siapkan keje tu,tahniah ustaz!!! credit 2 u, mmg tak knl erti putus asa...=)

Masuk kelas....
Time SBE kali ni, bnyk gak masuk kelas...ganti cikgu..hhmmmmm...muridnya leh tahan...sampai petang,confirm sakit tekak...adoi yai,puasa la katakan,hehe...tapi seronok...coz, walaupun dorang nakal, still hormat kate cikgu, tapi almaklumla,hyperaktif tahap cipan pun adela kadang2..huhuhu...memang menguji volume suara yang memang tak berape nak kuat..

antara kelas yg dijelajahi :
4 M :ganti cikgu BI...tp sy main2 je ngn dorang..memang kelas bising time ni...mf le org yng duk blaja kt kelas sebelah tu ye...

6K : jage exam...tapi sekejap je...last2, cheno sorang je yang duk situ...hehehe

1M :pantau murid wat keje rumah...hmmm...mencabar betoi masuk kelas dak taun satu ni...keje rumah yang diberi tak sampai satu jam,mrka dah ilangkn lak kertas tu...mane la cek nak cari lembaran keje tu...last2,suh dorng mintak balik kertas keje rumah ngn cikgu dorang..........mase ni, sengih memnjang je la dengn ragam mereka.......

2B :rakam cikgu praktikum ngajo Qur'an...kagum la bgi sesape yg ngajo kelas yg pertama dari 'belakang'...pe yg leh dipuji, tak sume student nakal...cme yang plik cket, pljr prmpuan hmpir same je hyperaktifnye....


yg istimewanya, dua kali sy n cheno masuk kelas 2B...n antara dialog yg tak leh sy lupe...

"aku tahu la aku miskin..."

"cikgu, Adam suke kat Emy...dia bagi surat cinta kat Emy..."

"Cikgu, adik sy demam...sy nak bg kad raye dekat dia..."

"cikgu...bapa sy dah takde...dia meninggal mase sy umo 6 tahun...mak sy sambung blaja..skrg ni,sy tinggl ngn nenek..."

bile sy dengar luahan tu, macam2 sy fikir...di usia sedemikian, mereka da hadapi macam2 situasi kehidupan yg sy sendiri blum pernh hadpi sebelum ni...

satu persoalan sy pada kalian : apakah perasaan kalian ketika berhadapan dengan kata2 n luahan sebegini dari pljr2 sekolah rendah? Atau,jz read and takde rase pape?

Situasi di perhimpunan......

Cikgu : Kenapa kamu pukul murid 2? kmu nk jd samseng ke? dhla mak kmu dah takde, buat perangai tak senonoh lak kamu ni ye?

Murid 2 lak juz diam je...almaklumla, mangsa pukul la katakan...

Murid 1 : Sbb dia pukul 'somene'..

Cikgu : Panggil 'someone' tu..

Someone : Murid 2 pukul sy cikgu..sbb tu saya mintk murid 1 pukul murid 2...

Cikgu : Kenapa 'someone' tak bgtahu cikgu? Knapa ambil tindkn sndiri?...

(sy tak dpt nk shre sepenuhnya la situasi yg berlaku...cme agk sedih bila perkataan 'mak kmu dah tak ade tu disebut'...=( bayangkan kite di situasi itu...

hmmmmmmmmm...

Di library...
ha...seronok g lib..smpat tolong cikgu2 hias lib...especially, tolong balut rak buku dengan kain..hek3...then, tmpal menampal kertas utk sudut sejarah.......bukan senang nak balut rak tu, jenuh jugak menekan stapler...naseb baik chenor ade......hehehehe......

tara!!! ni la rupe rak buku tu...hi3~

Di bilik mesyuarat...

lgi stu part menarik time SBE kali ni...leh masuk meeting cikgu...bnyk bnde baru yang sy blaja...
tentang etika guru, tentang bantuan RMT (rncgn makanan tambahan), tentng aset sekolah, tntg smbutan raya n macam2 lagi......huh, bnyk tugas guru tpi prcyala...seronok jd cikgu...kite penat untuk org lain dan kita akan bhgia bile tngok murid-murid berjaya suatu hari nanti...=0 pe pun, mndidik ank bngsa bukan satu tugas mudah...mungkin masyarakat luar nmpk senang, tp hnya cikgu je yg tahu pe perasaan seorg guru..hehehe

before say gudbye...


To chenor, faiz dan syamin...
thanx 4 everything...memg rakan SBE yang baik-baik blake...=) walaupun last day bru bnyk bnde yng kite share...hehehe

To mazaini, kak jah, shahmi dan mia..
tq atas tunjuk ajar kalian...bnyk bntuan kalian memudahkan lagi tugasan kami...tak nyesal wat SBE ngan senior yg tgh prktikum....=p

Kepada sume warga sekolah ;
pihak pntdbiran, guru-guru, abg fotostat, akak cc...time kaseh bnyk2...bnyk pengalaman yg smpat dikutip ketika bersma2 kalian n takkan dilupakan smpai bile2...ade ksmpatan, leh g sne lagi tuk praktikum nt..(^_~)

Ni pic suke2, hehe...:


seronok tgok dak2 main teng2 ni..kn best klo leh join skli..~ huhu



perhimpunan last day...T_T

cun kan?? ske tgok dia...IRDINA AMALINN...~
(Prktis teknik potrait...hehe)

Sekian ajela ye...
utk mkluman,ni bukan report..ala2 report tu leh la...hi3

Wassalam.......

...........................................................................
TO ALL READERS :
~ Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin...
~Hati2 di jalan raya...
~Jngan lupe puasa enam lak pasni...=)

...babai........