Monday, April 5, 2010

...tEmbiKai??..

Assalamualaikum...

Ketika sy, feha dan yuyue sampai ke Teaching School untuk lihat murid sekolah praktis coral speaking,kami terlihat lebih kurang 5 biji buah tembikai tersadai kat kaki lima sekolah...

Hurmm...
Kami pun ape lagi,mulala berangan nak makan tembikai tp,
hajat memang tak kesampaian... nape?
yela,tembikai tu bukannya hak kami...
hehehe..

P,time majlis kesyukuran baru2 ni..
Kami tengok ade tembikai..
hahahahaha..
kesampaian gak hajat feha yang mengidam nak makan tembikai tuh..
=)

erm..
sebenarnnya,td tu jz mukaddimah cerite..
pe yang sy nak kongsi kat cni adalah tentang khasiat tembikai..

Tahukah anda tentang khasiat tembikai / timun cine?

Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar.

Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkan di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat.


Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.


Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.


Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.

*Sumber:
Danial Zainal Abidin (2009). Quran Saintifik: Meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong Sains. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.








No comments: