Friday, May 29, 2009

HILANG???.. Bleh ke nak cari yang lain?..

Pada post kali ni,sy nak bawak satu cerita. Cerita tentang kain sembahyang saya hilang.. Bunyiny mungkin macam kelakar sket bile nak crite kain sembahyang hilang ni,tapi tu lah hakikatnya. Ceritenya cam ni.. Satu hari,sy solat jemaah kat balai Islam. Then,lps abes solat je,sy berlalu ke tempat ambil wuduk untuk basuh tangan. Sy tinggalkan kain sembahyang tu sekejap. Lepas sy masuk smule ke ruang solat,sy tengok kain sembahyang tu masih ade kat tempat yang sy letak td tapi sy biarkan dulu ianya di situ. Sy jmpe beberape org shbt dan smpat mnyapa dan bertanye tentang persiapn peperiksaan yang bakal ditempuhi. Tibe mase nak blik je,sy dapati kain sembahyang tu dah tak de. Alamak!!! Kat mane ye??.. Huhu.. Puas sy cari tapi tak jumpe. Sy try cari lg tapi tak jumpe jugak. Erm tak pe lah.. Sy fikir mungkin ad orang tersalah ambil dan dia tak sedar kot.. Sy pon pulang ke asrama dengan harapan kain sembahyang tu dapat dijumpai semule..=) Sejak dari saat itu, setiap kali ke balai Islam sy mesti cbe cari kain tu dengan harapan yang same iaitu dapat jumpe smule kain saya yang hilang tu. Sebenarnya,kain hilang tu bende remeh je tapi saya rase sedih jugak.. Tak lame selepas tu,sy dengar ade orang hilang motor.. Ish3,tak tahu la nak kate ape.. Bile sy fikir smule, msti dia pun rase sedih dan kesedihan yang dialami itu pastinya lbih besar berbanding dengan ape yang sy alami.

Setelah beberapa hari,sy dah putus ase untuk cari kain sembahyang tu.. Sy fikir,tak pe lah.. Gune je lah kain2 lain yang ade.. Hehe.. Tetibe,pada suatu hari sy tergerak untuk membuke almari yg terletak di satu sudut dalam balai Islam tu.. Terkejut sgt2 dan tetibe je rase speechless.. Oh,alhamdulillah... Sy da jumpe kain sy yang hilang tu!!!!!.. Rase nak lompat2 je.. Sy tak taw knape la sy sayang sangat kain tu.. Erm,pape je la.. Anda pun pasti begitu kan?.. Bila kite jumpe sumthing yang hilang,mst hepy tak terkate.. Gembirenya, hnya kite dan Allah je yang tahu.. Bak bait2 lirik lagu UNIC : “ di hati ini hanya Tuhan yang tahu...” Cheywah... hehe..

Daripada kejadian tu, ade satu peristiwa pulak terlayar2 di benak fikiran saya.. Peristiwe ape ye?.. Ceritenya agak sedih.. Iaitu,kehilangan orang yang sy sayang.. Bg sy, dia adalah ibu kedua sy selepas mama yang melahirkan sy.. Dia pergi tanpe sempat sy buat ape2.. Dan ianya berlaku di hadapan mate sy sendiri.. Dia pergi tanpe sampat sy habiskan ayat2 terakhir dari surah yaasin dan perginya adalah satu kehilangan yang besar dalam hidup saya..

Itulah hakikat hidup yang harus kite trime.. Setiap yang bernafas pst menemui mati.. Masenya tidak dapat dipercepat atau dilambatkan walau sesaat pun.. Ape yang dapat kite lakukan adalah sentiase bersedia untuk hadapi kemungkinan ini dan ingatlah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.. Wallahua’lam..

Daripada dua kisah yang saya nukilkan tadi,terdapat beberape pengajaran yang dapat kite ambil,iaitu :

1 ) Jika kite fikir dugaan yang kite alami itu adalah besar, sebenarnya ade orang lain mengalami dugaan yang lebih besar dari ape yang kita alami. Jadi kite tidak boleh terlalu cepat melatah dengan ujian yang telah ditakdirkan pada kita. Teringat saya pada satu msg dari seorang sahabat , " Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, yakin pada Allah bukanlah untuk mendamba keindahan nikmat, tapi yakin pada Allah sbenarnya adalah meletakkan keREDHAan pada setiap ketetapanNya.."

2 ) Kehilangan orang yang kite sayang,tak mungkin ade gantinya.. Jadi,hargailah sesiape sahaja yang kite sayangi sementare mereka masih ade terutamanya kedua ibu bapa kite. Pengorbanan mereka amat besar dan tak mungkin dapat kita balas walau dengan selautan emas atau pun permata sekalipun..

Sekian.... Wallahua'lam...=)

Wednesday, May 27, 2009

LALAT bukan remeh pada Umat ISLAM...

Dipetik dari solusi : edisi 7

Penulis : Umar M Noor

Renungilah untuk perkongsian bersama..

Imam Ahmad dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan dari Sayidina Salman al- Farisi ia berkata : " Seorang lelaki masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki masuk neraka juga kerana seekor lalat.".. Murid-murid bertanya : Bagaimana itu terjadi? "

Ia lalu bercerita, " Dua orang lelaki berjalan melalui sebuah kaum penyembah berhala. Mereka tidak membiarkan sesiapa berlalu dari tempat itu sebelum mempersembahkan korban untuk mereka.

Kaum itu berkata kepada salah seorang daripada keduanya, " Persembahkanlah sesuatu untuk berhala." Mereka berkata, " Persembahkan walau seekor lalat." Ia lalu mengorbankan seekor lalat kepada berhala dan mereka pun melepaskannya. Salman berkata, " Orang ini masuk neraka."

Mereka berkata kepada lelaki yang lain, " Persembahkanlah walau seekor lalat." Ia menjawab, "Aku tidak akan mempersembahkan apa-apa selain kepada Allah S.W.T." Mereka lalu memenggal kepalanya. Salman berkata," Orang ini masuk syurga."

Selain itu, Imam al-Sya'rani bercerita : Seseorang bermimpi bertemu Imam al-Ghazali setelah beliau wafat. Orang itu bertanya, " Bagaimana Allah memperlakukan terhadap dirimu?" Dia menjawab, " Allah mengampunkan aku kerana satu hari aku membiarkan seekor lalat minum dari tinta yang sedang aku gunakan untuk menulis."

Kisah yang dipaparkan ini mengajar kita, sesuatu yang sangat penting,iaitu walaupun perbuatan kecil yang dilakukan seseorang namun kadang-kadang memeberikan impak yang sangat besar...

Wallahua'lam.....=)

Coretan pertama... =)

Salam...
Nak tulis ape ye?...
Eerrrmmmm...

Sebenarny,tak pernah terfkir pun nak jd blogger..
Tp,bak kate orang skali langkah jgn undur..
Ape pun halangan,teruskan melangkah,melangkah dan melangkah..
Biar tiada sesiape pun yang di sisi..
Allah tetap menemani..
Biar ranjau ujian datang tanpa henti...
Rahmat kasihNya tetap bersemi..
Hehe...

Kepada semua sahabat2 dan pelawat2 blogku ini..
Ahlan wasahlan wa marhaban bikum..=)

Segala kekurangan harap dimaafi...
Harap segala perkongsian ilmu diredhaiNya,insyaAllah...