Monday, August 30, 2010

...jGn baCe,lawAk saNgat...

Assalamualaikum w.b.t...

by: Nur Amin Ramli...

Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini.... 3 Minit je, tak lama pun..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

Wallahualam… Sebarkanlah...

Sunday, August 29, 2010

...JikA isTeri mEnaNgis dihAdapaNmu….


Bismillahirrahmanirrahim...
Kata2 ni bukan rekaan sy tp, skdr tergerak untuk dikongsikan bersama... Tngah2 duk jalan2 kat alam maya ini, tetibe terjumpe...hehehe...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis krnamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperosok terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU dan MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. . Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
(^_^)

Thursday, August 19, 2010

...AntaRa duA kaSiH...

Assalamualaikum w.b.t...

Munsyid : UNIC

(^_^)

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhaan Tuhan
Jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Lagu : Abai Os
Lirik : Alif Lam Ra

Tuesday, August 10, 2010

... RamAdhaN aL-muBaraK...

Assalamualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim...

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan al-mubarak ini, sy ingin mengucapkan "Selamat menjalani ibadah puasa "...=)

Kedatangan ramadhan memberi rahmat kepada kita semua.. Membuka ruang dan peluang untuk mengislah,memperbaiki dan mentarbiyyah diri bagi mencari dan mendekatkan diri kepada Pencipta... Hargailah ia, sementara kita masih diberi kesempatan untuk mengimarahkannya.. MARHABAN YA RAMADHAN.. Kedatanganmu kami nanti, dan keberkatanmu kami tunggu...


PERINTAH KEPADA ORANG YANG BERPUASA SUPAYA MENJAGA LISAN DAN ANGGOTANYA DARI PERSELISIHAN DAN SALING BERMAKI-MAKIAN DAN SEBAGAINYA...

Dari Abu Hurairah r.a katanya , Rasulullah s.a.w bersabda :

" Apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dilawan bermusuhan,maka hendaklah ia berkata, " Sesungguhnya saya adalah berpuasa."

(Muttaq 'alaih )
- Riyadhus Salihin,jilid 2, bab 223, no hadith : 1237 -


Dari Abu Hurairah r.a pula katanya , Nabi s.a.w bersabda :

" Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan tidak pula meninggalkan kelakuan dengan dasar dusta, maka tidak ada keperluannya bagi Allah dalam ia meninggalkan makan dan minumnya." ( Maksudnya : Di waktu berpuasa itu, hendaknya meninggalkan hal-hal di atas, agar berpahala puasanya tadi) - Riwayat Bukhari -

* Riyadhus Salihin,jilid 2, bab 223, no hadith : 1238

............................................................................................

.. Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi pengajaran untuk kita renungi bersama...=)

- Wallahu'alam -