Tuesday, April 27, 2010

...waRkaH...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sampai je kat kelas pagi tadi,Feha hulurkan satu sampul surat untuk saye..
hurrmmm... suspen..
sape lak yang bg surat nih.. hehe..
dah la feha yang jd posmen tak rasmi..
wakaka..

yang istimewanye..
feha pun dapat surat tu..
sahabat2 len pun..
tapi,ape kandungnnye ye?..

kat cni, sy nak kongsi pe yang penulis tu bagi..
Tajuknye : warkah untuk hawa dari adam..
mungkin ramai yang pernah baca, tp sy rase isinya agak berbeze dengan ape yang pernah sy bace sebelum ni..

ohh HAWA...
Hawa... Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam, dirmu dizalimi, hakmu dicerobohi, ditanam hidup2.. Tiada penghormatan walaupun secebis oleh kaum adam. Dirimu hanya sebagai alat pemuas nafsu mereka. Tapi kini, bila rahmat Islam terpelihara, dirimu dihargai dan di pandang mulia dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan dunia ini melainkan wanita solehah..

Wahai Hawa... Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya?? Kenapa engkau masih segan mengamalkan isi kandungannya?? dan kenapa masih was-was dalam mematuhi peraturanNya???

Wahai Hawa... Jangan sesekali engkau mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu. Dengan ayu wajahmu, dengan tubuhmu ,jangan engkau menghentakkan kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.. JANGAN HAWA!! Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum lelaki yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu,kerana dikhuatiri ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah,tetapi memberi kegembiraan kepada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan. Alat yang dieksploitasi oleh syaitan dalam menyesatkan Adam...

Hawa... Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.. Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.. Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama, ad-din Allah..

Hawa... Andai engkau belum berkahwin,jangan engkau risau akan jodohmu,ingatlah Hawa janji Tuhan kita.. Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata untuk seorang lelaki.. Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki... Kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi meransang nafsunya.. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana dikhuatiri dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan.................., takut lahirnya kejahatan yang menguasai diri..

Hawa.. Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa.. Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya.. Lelaki yang warak tidak menilai wanita dari keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncangkan iamn mereka.. Tetapi HAWA, lelaki yang baik akan menilai melalui akhlaknya,peribadinya dan ad-dinnya.. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya.. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta.. Sebabnya, dia tahu apa matlamat dalam sebuah perhubungan antara lelaki dan wanita iaitu perkahwinan...

Oleh itu HAWA... Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.. Andaikata ditakdirkan tiada cinta dari kaum Adam untukmu, cukuplah cinta Allah yang menyinari dan memenuhi jiwamu.. Biarlah hanya kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu.. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu...

Hawa... Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.. Cintailah keluarga kerana tiada cinta sesuci cinta ibu bapa dan keluarga..

Hawa... Ingatan yang terakhir.. Jangan sesekali tanganmu ini menggoncang keimanan kaum Adam.. tetapi biarlah tangan yang lembut ini bisa menggoncangkan dunia dalam mencapai keredhaan Ilahi..

......................................................................................

Ya Allah...
Jauhkanlah aku dari menjadi fitnah bagi kaum lelaki...
Jauhkanlah aku dari memberi fitnah kepada agamaMu..
Dan peliharalah aku dengan cahaya petunjukmu...
Amiin...........

p/s : tq kepada penulis surat,hehe.. Barakallahufik...=)

Wednesday, April 14, 2010

... 15 aPriL ...


Assalamualaikum w.b.t

14 April 2007,sabtu..


Mama cakap kat kak su, kami nak balik rumah dulu.. Sebab esok mama dah keje.. p,lepas mama balik keje, kami datang semula kat rumah chek.. Kak su angguk je.. semua ank2 chek da balik lepas dapat taw sakit chek datang lagi.. Kak su, abng di, abg pie,kak mieah n abg yie... sume berkumpul tuk jge chek.. Kak su anak sulong chek.. pagi semalam,dia tefon mama,cakap chek tak sihat.. Muntah2.. Then,tak leh bangun.. Sampai je kat rumah chek,sy tngok chek lemah je.. Selain mama, adik beradik chek yang lain pun ade datang.. Sume harap chek sembuh..

Lame tak dengar suara chek.. Besenya, kalo datang rumah chek, chek senyum sokmo.. Chek tak kenal sy.. Sbb sy da besar.. P,bile btaw name, br chek kenal.. Kadang2, chek nanges.. Sbb sy datang lawat chek.. Dulu, mase sy kecik2, chek sihat.. Tp, skrg, chek da kurus.. Kurus sgt2.. Makanan y chek paling suke, mee goreng basah.. Kalau abg di kuar, mesti belikan mee goreng basah kat kdai mamak untuk chek... Bile chek makan,memang bersungguh.. kdg2 smpai 2 bungkus chek makan..hehe..

Semalam, sy tidur kat sebelah chek.. Tp,chek macam tak leh tidur je.. Hurrmmm.. Ntahlah.. Chek macam tidur, tp tak tidur.. Pelik2.. Sy pun tak leh tidur.. Agak seram pulak rase time tuu.. huhuhu..

Chek, chek...
Tidurlah..

Keesokan harinya...
Lpas je mama blik keje, kami pegi rumah chek.. Pada mulanya, chek nmpk ok.. Tenang je.. Tp, tibe2.. Dada chek berombak.. Perlahan2.. Mama mintak, sy dan y ade kat situ,bacekan yasiin untuk chek.. Smbil bce yasin, sy pegang kaki chek.. Agak sejuk raseny.. Nape ni??..

Abg yie,ank bongsu chek da makin cemas.. Abah mintak abg yie ajr chek mengucap.. Kak su da panik sgt2.. Mama da mula nanges.. Abg di n abg pi pun da sebak.. Ayah ( suami chek ),jd pemerhati setia.. Ayah sht,tp pernah kene strok.. Siaan ayah.. Tangan kanan ayah susah nak digerakkan.. Mulut ayah tak henti2 sebut Allah.. Dengan hrpn,chek pun same2 sebut Allah..

Perasaan sy mase tu kosong.. Y sy tahu, sy bce yasiin je.. Dengan harapan, Allah masih bg sy peluang untuk terus boleh lihat senyuman chek...

Ye,sy nak tengok chek senyum..
Senyum bile chek tengok sy datang...

Tp, mate chek asyik pndang atas je..
Chek tak pandang sy dah..
Chek mcm tak nak jumpe sy lagi dah...

Kalau sy ade wat salah ngn chek, sy mintak maaf ye..
Tibe2..
chek da tak nafas lg..
kaku..

chek..
sy tak abes bce yasiin lg ni!!
nape chek da tutup mate??

semua diam..

Innalillahi wainna ilai rajiuun..

Itulah hakikat yg hrus sy trime..
Mama check nadi chek..
Mama kate chek da tak de..

Then,panggil doktor trdekat..
Doktor sahkan chek meninggal lbih kurng kul 6.30 petang...
Dan urusan pengebumian dijalankan pd esok harinya..

Sepnjg malam tu, mcm2 sy pikir..
Semua cm cpt je berlaku..
Tp, begitulah...
Perncngn Allah pasti ade hikmahnya..
Allah tak pernh mungkir janji...
Bile ajal datang, ia takkan lmbt atau cepat
walau sesaat pun..

Dan sekarang,
15 April datang lg...
Da 3 taun chek takde...
3 kali sy smbut raye tnpa chek..
Dan sejak 3 taun lalu jgk,
bile tngok mee goreng basah,
msti ingt kat chek...

Chek..
Seorng insn yng tlh jage dan asuh sy sejak 40 hari sy lahir,
smpailah umur sy 6 tahun...
Yng suap makn minum sy..
Yng sabar layan kerenah sy..
Yg didik sy tanpe jemu..
Hurmmm...

Moge chek bahgia di sane..
Moge chek tenang sntiasa..
Dan moge chek ditempatkan bersme para mukmin yang dikasihi Allah..
Amiin....

MESEJ:
Hidup mati, ketentuan Allah..
Suke atau tidak,ia tetap akan datang jugak..
Jadi,hendaklh kita sntiasa bersedia dan berfikir tentangnya..
kerana..
Nabi prnh pesan :
Orng paling bijak ialah orang yang bersedia dan sentiasa
ingat mati..(aw kama qal)












Friday, April 9, 2010

...LiFe is wHeeL...


I'm walking over the site...
searching...
seeing...
reading...
thinking...
and smiling...=)

my heart said stop!!!
hehehe..

my mind asked why???

my eyes twinkled...
oho...

now..
i could understand...

my heard wants me to read a poem...
about...
" Life is wheel "

This poem was written by wardah_sakinah..
i found it at iluvislam site...

Let's read it :

Sometimes,
We will feel helpless,
We will feel lost,
We will feel down,
But,
There is always someone watching over us.

Sometimes,
We will feel hopeless,
We will feel unfair,
We will feel sad,
Life is nothing,
Life is difficult,
Life is a struggle.

Sometimes,
We do not know where to go,
We do not know where to hide,
We do not know who our friends are,
Even do not know who our enemies are.

Sometimes,
They keep pulling us down,
They keep making us sad,
They keep smiling badly at us,
They keep blaming us,
We are nothing for them.

Sometimes,
We have to sacrifice,
We have to change,
We have to pretend,
We have to be strong,
We have to be stubborn,
Never shows our tears.

However,
Sometimes,
We have to reflect on ourselves,
We are imperfect human being,
We have done many mistakes,
We have done many stupid mistakes.
And,
Sometimes,
Luck is not in our side,
We have struggle a lot,
But,
We cannot change the destiny,
We will return to our Creator after wards.

However,
Sometimes,
We have to understand others,
Then,
They will understand us after wards,
We have to befriend with others,
Then,
They will befriend with us,
We have to love others,
Then,
They will love us too,
We have to accept others,
Then,
They will accept us who we are.

However,
Sometimes,
We have to be on our own,
We have to believe in ourselves,
We have to be who we are,
We have to believe in our conscience.
We have to believe in others,
Among all,
We have to believe in God,
May Allah bless us...

* Message:
Keep smiling...=)
hehehe..

Monday, April 5, 2010

...tEmbiKai??..

Assalamualaikum...

Ketika sy, feha dan yuyue sampai ke Teaching School untuk lihat murid sekolah praktis coral speaking,kami terlihat lebih kurang 5 biji buah tembikai tersadai kat kaki lima sekolah...

Hurmm...
Kami pun ape lagi,mulala berangan nak makan tembikai tp,
hajat memang tak kesampaian... nape?
yela,tembikai tu bukannya hak kami...
hehehe..

P,time majlis kesyukuran baru2 ni..
Kami tengok ade tembikai..
hahahahaha..
kesampaian gak hajat feha yang mengidam nak makan tembikai tuh..
=)

erm..
sebenarnnya,td tu jz mukaddimah cerite..
pe yang sy nak kongsi kat cni adalah tentang khasiat tembikai..

Tahukah anda tentang khasiat tembikai / timun cine?

Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar.

Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkan di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat.


Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.


Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.


Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.

*Sumber:
Danial Zainal Abidin (2009). Quran Saintifik: Meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong Sains. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.








...sUrat uNtuK mAma...

Assalamualaikum w.b.t...

Mama mesti da tido kan?..
cam bese,ank mama ni tak tido lagii...
tengah bergelumang dengan esaimen...

Adik rindu sangat kat mama...
hehe.. tetibe wat pengakuan jujur..
ntah la..
xtaw la nape..
rase rindu sangat kat mama..
hurmm...
rindu tu mmg sokmo tp,
hari ni terlebih rindu lak...
=)

Mama...
mama...
mama..
tu je...
rase nak panggil mama...

hurmm..
mama pernah kate..
belajar rajin2...

mama pernah pesan..
jgn main2...

mama selalu btaw...
cari ilmu banyak2...
baru fikir yang lain2...

sbb mama kate...
mama tak de banyak harta nak bg kat adik..
tapi,mama mampu bagi ilmu...

Impian mama..
Nak tengok anak mama berjaya dunia akhirat...
Adik takut,ma..
Tp,adik cube...
Adik akan cube wat yang terbaik untuk jadikan
harapan dan impian mama satu kenyataan...

Mama...
Doakanlah adik ye...
Doakan adik kuat...
Kuat untuk hadapi segala2nya...