Friday, December 31, 2010

...gEraKaN maHasIsWa...reLeVenKaH?

Assalamualaikum w.b.t...

Sebenarnya... saje je sy wat tajuk tu...
Jz terfkr...
Releven tak gerakan mahasiswa ni yep?
Alahai...
Susah lak nak jawab..
Gerakan mahasiswa pun cek tak taw ape bende..nk tny lak releven ke tak? uwishhh...
memang tak patut...
hi3...


Kata2 dari ~ Timbalan Menteri Pengajian Tinggi : Dato' Saifuddin Abdullah ~



"Terdapat dua keperluan besar dalam gerakan pembangunan mahasiswa. Pertama, keperluan untuk memenuhi tiga permintaan asas mahasiswa, iaitu : mahasiswa mahu suaranya didengar, mahasiswa mahu peranannya diiktiraf, dan mahasiswa mahu isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasikan mahasiswa. Dan kedua, keperluan menghayati bahawa, di samping sebagai pemimpin masa depan, sebenarnya mahasiswa adalah juga pemimpin hari ini,iaitu pemimpin bagi generasi lebih muda, pemimpin bagi angkatannya, dan rakan kepimpinan dengan universiti, kerajaan dan sebagainya."

- Berdasarkan pendapat beliau, harap pembaca yang budiman nilailah semula dengan teliti, apakah wajar atau tidak gerakan atau suara mahasiswa diperhebatkan?... he3

Timbalan menteri sokong himpunan pelajar 1.1.11

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengalu-alukan penganjuran Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia yang berlangsung esok dan berharap ia berjaya menjadi pemangkin bagi memperkasakan gerakan mahasiswa negara dalam seluruh spektrum kehidupan termasuk politik.

Saifuddin berkata seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap remaja sebagai 'rakan kongsi' kerajaan dilihat sebagai amat bersesuaian dengan dua keperluan besar dalam gerakan pembangunan mahasiswa.

"Pertama, keperluan untuk memenuhi tiga permintaan asas mahasiswa iaitu: mahasiswa mahu suaranya didengar, mahasiswa mahu peranannya diiktiraf dan mahasiswa mahu isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasikan mahasiswa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata keperluan menghayati hakikat menjadi keperluan kedua iaitu selain sebagai pemimpin masa depan, mahasiswa yang juga pemimpin hari ini iaitu pemimpin bagi generasi yang lebih muda, juga adalah pemimpin bagi angkatannya dan rakan kepimpinan dengan universiti dan kerajaan.

"Justeru, sudah tiba masanya kita bersama dalam langkah untuk memenuhi kedua-dua keperluan tersebut. Satu daripada kaedahnya ialah dengan melakukan inovasi demokrasi iaitu dengan meningkatkan dan meluaskan penyertaan mahasiswa dalam struktur dan proses membuat keputusan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, isu membenarkan mahasiswa terlibat politik adalah relevan sebagaimana yang didukung pelbagai pihak termasuk Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi 2010 dan Makmal Pemuda Barisan Nasional.

"Di samping itu, kita perlu memulakan diskusi inisiatif-inisiatif inovasi demokrasi yang lain seperti pendaftaran automatik pemilih, menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun, melantik wakil belia sebagai Senator dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya," katanya.

Saifuddin berkata langkah-langkah itu untuk mengisi perjuangan membentuk masyarakat baik yang berteraskan budaya ilmu, tamadun tauhidik, keadilan sosial, kemakmuran ekonomi dan kelestarian alam sekitar yang bersesuian dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

- Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/152106

............................................................................................

Jika kita adalah seorang mahasiswa, kerahkan sedikit akal kita ini untuk berfikir tentang isu di atas yep...

Mungkin ada yang mengaitkan, bila mahasiswa bersuara, pasti ada kaitan dengan politik..
Benarkah begitu?..
Hurmm...
kalo nak cakap bab politik...
jgn jd jumud...
bila cakap atau masuk campur dalam isu kerajaan dan pembangkang..(terang2 org ckp kite main politik~tp memg politik pun,haha)..

tp..
cube pembaca fikir semula...
kita pilih ketua kelas ke..kite pilih penolong ketua kelas mase zaman sekolah2 dulu..kite kan gune sistem undi....
(tu pun kire politik la~cume org je wat2 tak paham)

so..
buka minda...
luaskan pandangan..
tambahkan pembacaan...
anda akan lihat...
politik itu luas dan bersih..(namun dikotorkan oleh sesape yg dot dot dot je)
he3...

sy ni tak taw pape sngt pun bab politik2 ni...
skdr org bese2 je, yang melihat dan memerhati isu2 hangat yang ada kat laman berita terkini...~ngee

~ Moga ketemu lagi dalam entry dan post2 yang seterusnya... wslm ~
(^_~)v



Monday, December 6, 2010

...1432H...

Assalamualaikum w.b.t...

Bismillahirrahmanirrahim...

1432 Hijrah bakal muncul... 1 Muharram akan bermula lagi... Tahun baru bg kalendar hijrah..Begitu cepat masa berlalu, namun kemunculan tahun baru hijrah tidaklah se'gah' kedatangn tahun baru 'masihi'... Ngape terjadinye begitu ye?? Cube kome sume pikir??? Ishk3...

Kalau sebut je tahun baru Masihi, penuh la sambutan2 yang meriah.. Bunga api la, pesta itu,pesta ini, azam baru la, diari baru..

Tapi, bila disebut tahun hijrah, yang terfikir dan terbayang di minda umat zaman kini hanyalah cuti umum.. hehe...

Terngiang2 lagi lagu yang femes sampai sekarang :

Hijrah itu pengorbanan...
Hijrah itu perjuangan...
Hijrah itu persaudaraan...
Hijrah membentuk perpaduan...

Bnyak yang tersirat di sebalik lirik itu...
Kesusahan dan pengorbanan Nabi mengembangkan empayar Islam...
Perjuangan Nabi menyebarkan Islam...
Persaudaraan dan perpaduan yang dibentuk oleh Nabi kesan dari peristiwa hijrah...

Namun berapa ramai yang menghargai dan mengambil iktibar dari episod hijrah ini???
Kesulitan yang Nabi hadapi sepanjang peristiwa ini amatlah menyentuh perasaan..Baginda diancam untuk dibunuh, rumah Baginda dikepung dan Baginda terpaksa melalui jalan yang jarang yang dilalui untuk sampai ke Madinah dengan selamat..

Untuk apa?
Untuk UMMAT!!!
Untuk AQIDAH UMMAT!!!

Tapi ummatnya kini bagaimana??
Meninggalkan ajaran Al-Qur'an dan sunnahnya...
Buktinya??
Pergaulan bebasnya, dedah aurat sana sini, keruntuhan moral, Islam liberal, maksiat berleluasa, dan lain2 lah....

Tak percaya???!!!
Kalau begitu, kita adalah orang yang buta hati untuk menilai peradaban umat zaman kini...

tengokla gambar ni sume ye tapi jangan tengok saje, tapi berfikirlah.. Kalau sekarang dah macam ni, tahun depan n tahun seterusnya, gi mana pula aksinya ya?? Hu3...






tokoh Islam Liberal


APA NAK JADI???
INILAH WAJAH2 UMAT ZAMAN SEKARANG...
MEMANG MENYEDIHKAN........(T_T)

Pasti luluh dan tersayatnya hati nabi kita Muhammad melihat aksi dan tingkah laku umat zaman ini.. Umat yang Baginda rindui dan kasihi.... Astaghfirullahal'azhim..........


BANGKITLAH UMAT ISLAM!!!
KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM YANG DULU!!!

BERHIJRAHLAH!!!

BERHIJRAHLAH!!!
BERHIJRAHLAH!!!
DENGAN HIJRAH YANG ALLAH REDHAI...


Bgaimana nak dapat hijrah yang diredhai??
Kuncinya ialah : NIAT YANG IKHLAS KERANA ALLAH dan RASULNYA...

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."


Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslimal-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya.

Menurut keterangan di dalam Kitab Riyadhusshalihin,karangan Imam Nawawi :

Hadith di atas adalah berhubungan erat dengan persoalan niat.Rasulullah s.a.w. mensabdakannya itu ialah kerana di antara para sahabat Nabi s.a.w. sewaktu mengikuti untuk berhijrah dari Makkah ke Madinah, semata-mata sebab terpikat oleh seorang wanita yakni Ummu Qais. Beliau s.a.w. mengetahui maksud orang itu, lalu bersabda sebagaimana di atas. Oleh kerana orang itu memperlihatkan sesuatu yang bertentangan dengan maksud yang terkandung dalam hatinya, meskipun sedemikian itu boleh saja, tetapi sebenarnya tidak patut sekali sebab saat itu sedang dalam suasana yang amat genting dan rumit, maka ditegurlah secara terang-terangan oleh Rasulullah s.a.w.

Bayangkanlah, betapa anehnya orang yang berhijrah dengan tujuan memburu wanita yang ingin dikahwini, sedang sahabat beliau s.a.w. yang lain-lain dengan tujuan menghindarkan diri dari amarah kaum kafir dan musyrik yang masih tetap berkuasa di Makkah, hanya untuk kepentingan penyebaran agama dan keluhuran Kalimatullah. Bukankah tingkah-laku manusia sedemikian itu tidak patut sama-sekali. Jadi oleh sebab niatnya sudah keliru, maka pahala hijrahnyapun kosong. Lain sekali dengan sahabat-sahabat beliau s.a.w. yang dengan keikhlasan hati bersusah payah menempuh jarak yang demikian jauhnya untuk menyelamatkan keyakinan kalbunya, pahalanya pun besar sekali kerana hijrahnya memang dimaksudkan untuk mengharapkan keredhaan Allah dan RasulNya.

Sekalipun datangnya Hadis itu mula-mula tertuju pada manusia yang salah niatnya ketika ia mengikuti hijrah, tetapi sifatnya adalah umum. Para imam mujtahidin berpendapat bahawa sesuatu amal itu dapat sah dan diterima serta dapat dianggap sempurna apabila disertai niat. Niat itu ialah sengaja yang disembunyikan dalam hati, ialah seperti ketika mengambil air sembahyang atau wudhu', mandi, solat dan sebagainya.

Perlu pula kita maklumi bahawa barangsiapa berniat mengerjakan suatu amalan yang bersangkutan dengan ketaatan kepada Allah ia mendapatkan pahala. Demikian pula jikalau seseorang itu berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tetapi tidak jadi dilakukan, maka dalam hal ini orang itupun tetap juga menerima pahala.


Antara pengajaran hadith :

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan ketaatan, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

(Rujukan :Hadith 40, karangan Imam An-Nawawi)



Pesanan untuk kita bersama : "Hijrahkan DIRI kita hnya kerana Allah. Walaupun dari sekecil-kecil perkara seperti : nak bangun awal setiap pagi..=) . Perubahan dan penghijrahan itu bukanlah merugikan malah menguntungkan diri kita dan orang lain juga. Untuk menbina khilafah dan empayar Islam, ianya bermula daripada tarbiah dan perubahan individu.. tak percaya?? Cubalah dulu, dan kita akan lihat hasilnya.. (^_^)v..

Lagi satu, jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun.....

Moga redha Allah dan perlindunganNya sentiasa mengiringi kehidupan kita, amiiin....

Ayuh,berubah dan berHIJRAH!!!...

~wassalam~

Tuesday, November 23, 2010

...erTi pErsaHabaTan...

Assalamualaikum w.b.t...

Sambil duk termenung dan berfikir ni, tetibe teringat kat lagu yang kema(my classmate) pasang kat handset time stdy week ari tu...

Lagu tentang sahabat...hehe...

Agak menyentuh perasaan bile dengar,cheywahh...(klo leh dengar skali ngan muziknya lagi besh,he3)

Lirik dia ada kat bawah,jom kite share same2...

Erti Persahabatan Ini

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang menyusur pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah kita bersama

Dengarkanlah lagu kutujukan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal dan abadi

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...

................................................................................

Ada quote yang best yang sy jumpe kat iluvislam :

Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

Mungkin ada yang bersetuju dengan quote di atas, dan mungkin ada yang menolak...
tp, sedar atau tidak...
itulah salah satu daripada liku atau lurah kehidupan...
nak atau tidak...
suka atau paksa...
kena terima jugak..

begitu juga dalam bersahabat..
ada pahit manisnya...
ada masam masinnya...
tak perlu kita persoalkan apa yang telah seorang sahabat lakukan untuk kita...
tapi persoalkanlah diri sendiri..
"adakah aku telah menjadi seorang sahabat yang baik kepada shbt2ku??"
(peringatan ni lbih untuk diri sendiri sbnrnya,hehe)

banyak yang kita terlupa...
mungkin banyak juga yang telah terabai..
iaitu:
HAK SEORANG SAHABAT...
maafkanlah daku,wahai sahabat...
moga ukhwah yang dibina...
makin kukuh terikat..
walaupun kadang2, ada pasang surutnya...~ngee~

teringat kata2 seorang sahabat :
"kalo kite gaduh ngan kawan kite, sbnrnye kite akan lbih kenal dia"...

ha,betul ke??
sy pun tak taw...
hehehe...

Petikan syair Saidina Ali bin Abi Talib

“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang berada besertamu dan orang itu mengorbankan dirinya sendiri dalam bahagia, semata-mata untuk manfaat dirimu. Itulah sahabatmu, apabila kamu dalam keadaan bimbang, ia sentiasa menyatakan secara terus-terang kepadamu, serta rela mencurahkan tenaga dan kekuatannya semata-mata untuk berkumpul denganmu.”


Buat sahabat2 fillah,kalian semua adalah sahabat2ku selagi mana kita berpegang dengan kalimah " La ilaha illallah, Muhammad Rasullullah"...
(^_~)

Tke care n wslm...



Saturday, November 20, 2010

...BerKasih-sAyanGlaH seSamA mUsLim...


Assalamualaikum w.b.t...

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

" Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya."

( Hadith diriwayatkan oleh al-lmam Muslim )
- Hadith yang ke-35 ( HADITH 40 :Imam An-Nawawi) -



Pengajaran hadis:

(1) Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.

(2) lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk seumpama ini.

(3) lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.

(4) Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.

(5) Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada,namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.


~ Renung2kan dan selamat beramal ~ he3..

...saLam iDuLadhA...


" Selamat hari raya 'iduladha diucapkan kepada semua pembaca budiman"

Firman Allah dalam surah Al-Haj, ayat 34 :

"Dan bagi tiap-tiap umat Kami syariatkan ibadat Qurban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda syukur akan pengurniaanNya kepada mereka; iaitu binatang-binatang ternak yang disembelih itu, kerana Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (Wahai Muhammad) kepada orang-orang yang taat dan tunduk"

Jom!!!
Setiap pengorbanan yang kita lakukan dalam kehidupan, niatkanlah IKHLAS hanyalah kerana Allah!!!!
Moga pengorbanan kita diterima dan mendapat tempat disisiNya,insyaAllah..(tak kirala pengorbanan apa pun,such as pengorbanan masa, tenaga, harta etc untuk agama ISLAM yang tercinta)...
(^_~)v




Sunday, November 7, 2010

....OrAnG IkHLAs iTu TERTINDAS?....

Assalamualaikum w.b.t..

Sedikit perkongsian dari sebuah email... Selamat membaca..(^_~)v

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”

“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”


“Maksud encik?”
Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup...

- Wallahu'alam -

Tuesday, October 12, 2010

...KeKuataN...

Assalamualaikum w.b.t...

"Mukmin yang kuat itu lebih dikasihi Allah"...

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Dan pada tiap-tiap sesuatu itu ada mengandungi kebaikan. Hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang berfaedah kepada engkau dan mimtalah pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu bencana,janganlah berkata : Kalaulah aku berkuasa, tidaklah jadi begini dan begini tetapi Allah telah mentakdirkannya apa-apa sahaja yang dia kehendaki dibuatNya. Ini kerana, sesungguhnya ungkapan "kalaulah" itu membuka peluang syaitan."

(Hadith ini sahih, riwayat Muslim)

Ya Allah...
Kuatkanlah aku....
Kuatkanlah dia....
Kuatkanlah kami....
dan
Kuatkanlah umat Islam seluruhnya....

Amiin, ya Allah....

Friday, October 1, 2010

...No iDea??...

Assalamualaikum w.b.t...

Lame btul sy mengadap screen laptop ni... tp, still kaku dan tak tahu nak tulis ape.. soal ape? hati? perasaan? pengalaman? mahupun perkaitan agama yang menjadi perdebatan dan pedoman kehidupan insani?

Nak mengeluh?
Penat dah rasenye...
Lagipun, tak elok mengeluh ni..
Seolah2 kecewa dgn takdir dan ketetapan Ilahi...=)


Mungkinkah?...

Sbb dah bergelumang dgn esaimen yang bertimbun2 itu...
Minda dan hati dah hilang bicara utk sebuah kehidupan??..
Ishk3... tak mungkin rasenya...
Kerana, setiap hari kite berfikir tentang hidup dan realiti...

sy bertanya pada mata...

apa yang sy lihat?
jawabnya : banyk yang saya lihat...

sy bertanya pada telinga...
apa yang saya dengar?
jawabnya : macam2 bunyi dan kata2 yang sy dengar...

sy bertanya pula pada hidung...
apa yang saya bau?
jawabnya : ada bau wangi, bau busuk... hehe

sy mengalihkan persoalan pada bibir...
apa yang saya bicarakan?
jawabnya : macam2...tp, kdg2,ade juga terdiam tanpa sepatah kata..

sy bertanya pada lidah...
apa yang sy rasa...
jawabnya : masam,masin, manis... pahit pun ada...huhuhu
n lastly...
sy bertanya pada hati...
apakah khabarmu wahai hati?...
jwabnya...hurmmm...
hati terdiam...
hati menyepi...
hati mengunci pintunya...

sy bertanya lagi pada hati...
apa yg sdg engkau alami?...
hati tetap begitu...
diam...diam...dan terus diam...

sy pelik lagi...
gembirakah engkau wahai hati?
bersedihkah engkau wahai hati?
menderitakah engkau wahai hati?
sakitkah engkau wahai hati?
atau engkau telah pun mati?..
na'uzubillahi min zalik....

berbicaralah wahai hati...
berikanlah daku khabarmu...
singkapkanku hikmah diammu...
titipkanlah padaku walau sepatah kata...

di manakah engkau wahai hati?
mengalirlah mutiara jernih dari mata yang sering melihat...
terdengarlah esakan dari telinga yang sedang mendengar...
teresaklah hidung menahan getar...
mengadulah bibir melafaz kata cinta dan zikir...



hati mula menampakkan senyuman...

alhamdulillah...
engkau masih bernyawa wahai hati...
tp,masih tiada bicara darimu...



kemudian...

hatiku tergerak lagi...
katanya...
jika engkau gembira...
jika engkau bersedih...
jika engkau menderita...
malah...
jika engkau sakit...
Pada Penciptamulah kuncinya..
Pada Penciptamulah penawarnya...
Pada Penciptamulah perkhabarannya...
dan pada Penciptamulah penyerahan segala ketaatan..
dan pada Penciptamu jugalah...
jawapan kepada setiap persoalan...

Hatiku menambah...
Engkau berhak utk menentukan hidupmu...
namun jgn kau lupa, Dia lebih berhak ke atasmu..
Engkau berhak mencari kegembiraan dan kebahagiaan..
namun, perlu diingat, derita dan sedih adalah rencah untuk memiliki gembira dan bahagia...
Engkau berhak menangis dan mengadu..
namun, jgn pernah berputus asa dengan hidup...

Kenapa?...
kerana..
pada kehidupan itu ada tarbiah...
pada kehidupan itu ada 'ibrah...
pada kehidupan itu ada pengalaman...
pada kehidupan itu ada tauladan dan pedoman...
pada kehidupan itu ada kenangan...
pada kehidupan itu ada kesdihan dan kebahagiaan..

Berdoalah...
Mengadulah...
Berzikirlah...
Hanya pada Allah,Tuhan yang Satu..
InsyaAllah...
Hati2 akan menjadi tenang...
kerana firmanNya " Dengan mengingati Allah, hati2 akan menjadi tenang"...

Dan sentiasa pahatkan dalam hati dan minda...
" Setiap kesulitan itu diiringi dengan kemudahan ".. (Al-Insyirah : ayat 5 )

Hatiku berbicara lagi...
Ya Allah..
permudahkanlah segala kesulitan...
tunjukkanlah jalan penyelesaian setiap persoalan...
dan tuntunlah diri ini dalam menetapkan sebuah keputusan...
terbaik untuk diriku..
terbaik untuk agamaMu..
terbaik untuk dunia dan akhiratku...

dan...
Ku tinggalkan hatiku di sini...
Dengan sebuah senyuman penuh makna...
Kerana, telah terjawab segala persoalan..
Termaktub sudah satu keputusan...
Dan hanya aku dan Dia yang mengetahuinya...


Kupohon padaNya...
Ketenangan hati ini sentiasa berkekalan...
insyaAllah...
=)

Salam Jumaat...(^_~)v
~ Wallahu'alam ~



Thursday, September 9, 2010

...saLam aiDiLfitRi...(^_^)...

Assalamualaikum w.b.t..

Di sebalik kad dan bunga raye...
2 sept 2010...

"Cikgu, ni kad raye utk cikgu.."
(Sy tersenyum,menyambut kad raye dari pljr taun lima,Siti Farhana)
Itulah kad raye pertama utk taun ni yang sy dapat... terharu n gmbira sgt2.. sbb,ia dtg tulus ikhlas dr seorg pelajar...)

Sebelum balik,sy menghampiri seorang murid taun satu..
Dia menghulurkan sesuatu...
"Cikgu, sy nak bg bunga raye ni.. Untuk cikgu, sbb da nak raye.."
(Terpaku dan sy tak dapat nk kate ape.. Hanya mampu tersenyum dan menyambut pemberiannya.. then, smpat gak snap gambar..) hehe...

Itulah antara sedikit pengalaman dan situasi yang sy alami ketika menjlani PBS (pengalaman berasaskan sekolah fasa 2) atau SBE baru2 ni.. Mungkin nampak mudah.. Kad dan bunga raye,kan?.. tp,sbnrnya ia penuh makna..
"TERIMA KASIH,DAKU UCAPKAN UTK SEMUA MURID DAN WARGA SK SERI BUDIMAN 2.."

Kad raye utk semua...hehe

.........................................................................
Nukilanku...

Ramadhan menggamit untuk pergi..
Teringat lak time kecik2..
Bulan puase,abah belikan bunga api..
Pastu,buat kuih ramai2...

Bile dah besar cm skrg..
Kemeriahan agk kurang dirasai...
Namun,syukur kupanjatkan...
Msih berkesempatn ber'aidilfitri' pada taun ni...

Ujian,mehnah,tribulasi dan dugaan...
sentiasa menemani perjalanan hidup..
moge pen"tarbiyah"an ramadhan menguatkan momentumku utk melangkah..
berlari dengan laju,dengan semangt dan keazaman baru..
menunaikan amanah sebagai khalifah dan abid yang hina...

buat yang telah tiada...
sekalung doaku hadiahkan buatmu..
moge dirimu bahagia di pangkuanNya..
sungguh!! rindu sering menggamit diri ini..
namun ku tahu...apalah dayaku menolak takdirNya..
dirimu harus pergi dulu...

JOM!!!
Lakarlah senyuman di aidilfitri ini..
Kembali semula pada fitrah insani..
dengan wajah dan dimensi baru...
=)

Kepada semua yang mengenali sy..
"Selamat hari raye aidilfitri dan maaf atas segala2nya"
V(^_~)V

bermaaf-maafan amalan mulia.. (^_^)..
(p/s penaja : berhati2 di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang...wink3)

Wednesday, September 8, 2010

...aLmoNd LonDon...

Assalamualaikum w.b.t...

Sempena kedatangan yang mulia ni, mesti ade yang tgh bz wat kuey raye kan..
kat cni, sy nak share resepi biskut "almond london".. bley cube2 buat.. hehe..


Biskut 'almond london'...=)

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung(dan sedikit tepung kastard,lbh krg 1/2 cwn)
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras (nak ltk takpe,tak letak pun takpe)
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat masakan (bersama sedikit minyak sayur-kat kedai kuih ade jual punye)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung,tepung kastard, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang badam didalamnya.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.


Taraaa!!! Ha,ni da siap n leh makan....
best3!!!! ~ngee~

SELAMAT MENCUBE!!!
(~_^)V