Saturday, January 29, 2011

...cokLat,YummY..(^_^)


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...Justify Full
Setelah agk lme tak tulis entry baru, sy memilih "coklat" sbg pembuka colum 2011..hi3..

Ngape ye?..
Sbg satu penulisan sntai n perkongsian mklumat...

Sy tahu..
Ramai org suka makn coklat..
Ada cadboury,van houten,vochelle,royal de dolton...
Tak lupe jge, crispy (yippi yummy)..

Tp, kite pun kdg2, takot nak makan bnyk2..
takot la,gigi rosak n risiko diabetes melitus (kencing manis)...
Alahai...
Ketahuilah wahai pembaca yang budiman bahawa :

Nutrien yang terkandung dalam coklat adalah :
17% karbohidrat,15% tenaga, 15% lemak, 6% protein,vitamin dan mineral...
Coklat mempunyai nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat, jadi amatlah sesuai dijadikan makanan gantian ketika melakukan aktiviti riadah...


Coklat pun ada anti-oksida yang dikenali sebagai flavonoid.. Antioksida ini membantu melindungi proses penuaan cepat yang disebabkan oleh radikal bebas seperti asap rokok..( ha, tengok!! bleh jd awek muda taw)... Flavonoid juga dapat legakan tekanan darah tinggi dan menstabilkan hormon...hi3

Phenylethlamine pula yang ada dalam coklat dapat mententeramkan emosi dan jiwa terutama ketika dilanda kemurungan dan kerisauan..(perempuan la beseny cepat bad mood..nak2 bile hormon tak stabil..he3) Manakala, karbohidrat yang terkandung dlm coklat berupaya meningkatkan paras serotonin dalam otak yang dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan.. Secara perbandingannya, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding sebiji pisang, sebiji lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama..


Coklat ROSAKKAN gigi???
Sebenarnya, kerosakkan gigi disebabkan oleh bnyk faktor.. Jd, jgn salahkan "coklat" 100%..he3..
Antara punca rosaknya gigi adalah hakisan enamel pada gigi.. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat yang terdapat dalam makanan menyebabkan hakisan ini berlaku..=)

Kajian mendapati, coklat mengandungi bahan anti kerosakan gigi seperti tanin, kasein dan asid oksalik.. Tanin merupakan sejenis bahan yang bertindak untuk menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid dalam mulut.. Kasein dalam coklat pula berfungsi untuk mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak serta membantu pertumbuhan gigi.. Manakala, asid oksalik pula berperanan merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid..


kesihatan gigi perlu dicakna,walaupun suka makan coklat...

Lemak koko merupakan bahan asas dalam coklat mudah cair di dalam mulut.. Hasilnya, coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut seterusnya menghalang pertumbuhan plak.. Walau bagaimanapun, selepas makan coklat, kita tetap digalakkan untuk menggosok gigi..


kawal berat badan anda..~he3

Coklat juga bukanlah makanan yang menggemukkan.. Punca gemuk atau obesiti adalah makan berlebihan.. Makan secara sederhana dan diiringi dengan senaman boleh mengekalkan berat badan yang ideal..

sayangi jantung anda...~ngee

Dalam hal yang berkaitan dengan masalah sakit jantung, coklat bukanlah puncanya.. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksida yang dikenali sebagai fenol yang boleh mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein(kolestrol LDL).. Kajian terkini juga menunjukkan bahawa lemak koko mengandungi 38.2% asid oleik (asid lemak tidak tepu) berperanan merendahkan paras kolestrol dalam darah.. Sementara, asid stearik iaitu asid lemak tepu yang ada dalam mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi sebarang kesan pada kolestrol darah... Kenyataan ini membuktikan pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang,tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung...(^_~)v



INFO MENARIK : Kelebihan coklat~
1) Membantu meningkatkan daya hafalan dan menguatkan memori
2) Membantu memulihkan saraf yang letih
3) Melambatkan proses penuaan
4) Membantu meningkatkan kemampuan mengatasi tekanan
5) Membantu menajamkan mata dan minda
6) Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular...

- sumber : majalah pa & ma -


footnote:

- bleh je nak makan coklat, tp berpada2 lah... kita kan dianjur supaya sntiasa bersederhana..hehe~

-to my sis: tq kak,bg pnjm majalah...=)

~Wallahu'alam~