Saturday, May 15, 2010

...hEpy teaChEr's dAy...

~Cutiest flowers for all my luvly teachers~

Bismillahirrahmanirrahim...


Sekadar mencari sedikit ruang yang terbatas...
Diri ini ingin mengucapkan :

SELAMAT HARI GURU buat semua pendidik.. =)

Segala jasa dan pengorbananmu guru sentiasa segar di ingatan ini...

~GURU PEMBINA NEGARA BANGSA!!~

...............................................................................

Usai Liqa' annisa' semalam, sy terdengar perbualan antara 2 0rang sahabat.. Siapa orgnye?.. Biarlah menjadi rahsia,hehe... Berikut merupakan perbualan antara Dina dan Ijah (bukan nama sebenar)..

Dina : Sat gi, nak call mak n bapak la..

Ijah : Await nye? Da lame tak call kew?

Dina : Ye la, Hari Guru dah dekat niy?..

Ijah : Hurmm,lupe lak cek.. Mak hang cikgu no??.. Nak call gak r bapak cek.. Hehe.. Bapak cek cikgu gak..

Dina :.. Hurmm.. Bukanlah gitu.. Mak reja( kerja) cikgu ka, tak ka, depa tetap cikgu juga..

Ijah : Cikgu kot mana lak? Ada2 ja hang ni..


Dina : Biaq pi la.. Kita jgn lupa, mereka la cikgu pertama kita.. Yang ajaq kita awal2 dulu.. Stat lahir je terus ajaq.. Mane ade lepas lahir teruih masuk skolah.. Hehe..

............................................................................

Hurrmmmmmmmm... Ade 2 sebab sy tulis perbualan mereka :

1) Ada 'isi' yang berhikmah yang terselit dalam perbualan tersebut
2) Sebab besh dengaq mereka cakap utara.. hek3..


Fikir2kanlah la shbt2ku.. Perbualan yang saya sertakan tu hanya sekadar untuk renungan bersama..=)

hehehe..
Selamat beramal...(~_-)


Thursday, May 13, 2010

...KiTa sOaL?? QuR'an JAWAB...

Bismillahirrahmanirrahim...

Kite sering mempersoal takdir yang singgah dalam diari dan destinasi harian kehidupan kite..
Kenapa?
Mungkin kerana kite lupe untuk bersyukur..
Mungkin juge kerana kita lupe dunia ini pentas ujian bagi manusia..
Dan mungkin juge kerana kite lupe bahawa kite ini HAMBA kepada Pencipta Yang Maha Esa..

Berikut merupakan beberapa persoalan yang seringkali bermain di fikiran kite.. Dan sudah sepastinya, QUR'AN,kitab panduan sepanjang zaman telah menyediakan JAWAPANnya..

Soalan Pertama :
Kenapa aku diuji ?

Jawapannya :

"2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta..
"

( Surah al-ankabut : ayat 2-3 )


Soalan Kedua :
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?

Jawapannya :

"216. Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

(Surah al-Baqarah : ayat 216)


Soalan Ketiga :
Kenapa ujian seberat ini?

Jawapannya :

" 286. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."

( Surah al-Baqarah : ayat 286 )


Soalan Keempat :
Kenapa rasa kecewa ?

Jawapannya :

" 139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."

( Surah ali-Imran : ayat 139 )


Soalan Kelima :
Bagaimana harus ku hadapinya :

Jawapannya :

" 45. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"

(Surah al-Baqarah : ayat 45 )


Soalan Keenam:
Apa aku dapat dari semua ni?

Jawapannya :

" 111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."

(Surah at-Taubah : ayat 111 )


Soalan Ketujuh :
Kepada siapa harusku berharap?

Jawapannya :

" 129. Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya)."

( Surah at-Taubah : ayat 129 )

"5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."

(Surah al-Fatihah : ayat 5 )


Nah!! Inilah mukjizat al-Qur'an..

Kite bace kalimahnya,tapi lupe untuk merenung isinya..
kite mungkin merenung isinya tp terlupe untuk memahami tarbiyahnya..
kita mungkin memahami tarbiyahnya, tetapi lupe untuk menghayati 'ibrahnya..

so, from NOW!!!
jom BEDAH QUR'AN!!! =)

Surat cinta dari ILAHI..
Untuk PENCINTA yang tercari-cari...
Identiti DIRI yang kelam diselaputi sepi..
Yang sebenarnya sekadar UJIAN yang takkan menyepi..
Bagi insan yang sentiasa mendambakan HAMPARAN CINTA yang abadi..

Tanyalah ape pun persoalan yang kita nak, AL-QUR'AN sudah sediakan jawapannya..
Yang penting, kene rajinlah cari..
Hehehe..

- salam muhasabah (^_~) -

................................................................................

" Takdir kadang-kadang mempertemukan sesuatu yang tak diundang, menduga dalam bermacan-macam ragam.. Memberi apa yang tak dirancang,membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan.. Dan takdir juga membuatkan kita rasa kehilangan.. Namun takdir memberi kita erti perkenalan,menyulam erti kasih sayang, mengenali erti sebuah persahabatan, mengenali erti ketabahan dan memberi erti sebuah keakraban.. Takdir juga memberi kita peluang menilai siapa sahabat, kawan dan siapa sekadar kenalan dalam mengisi ruang dalam episod kehidupan.. Ya Allah,ya Tuhanku.. Jangan biarkan sendu sahabatku berpanjangan,ringankanlah bebanan yang ditanggungnya.. Ku pohon padaMu,kuatkanlah dirinya menghadapi semua ini.. Lelapkan dirinya dalam maghfirah dan rahmatMu,ya Allah.. Amiin..

~ from Ukhti Ain Shafiqah, Wednesday, 00:35:58~