Tuesday, February 16, 2010

WaNiTa sOLeHaH aKhIR zAmAn...=)

Wanita sejati itu,
Yang melindungi diri dan hatinya dengan malu...
Yang menabur kesopanan di setiap penjuru...
Yang merendahkan suaranya yang ayu...
Yang sentiasa tabah hatinya...
Yang cekal jiwanya...
Yang tidak patah semangat wajanya...
Yang memenuhkan hatinya dengan keinsafan...
Yang mengosongkan qalbunya dari dendam...
Yang menyemarakkan kasturi di kelopak iman...........

Wanita penyeri dunia,
Dipandang dari peribadinya...
Dilihat dari akhlaknya...
Dinilai dari kesabarannya...
Ditinjau dari sifat keibuannya...

Wanita srikandi sejati,
Allah dibesarkan dalam solatnya...
Rasul dirindui dalam selawatnya...
Puasa dijadikan amal tradisinya...
Al Quran menjadi hiburannya...
Jihad menjadi gelanggang perjuangannya.....

Wanita solehah itu,
Senyumnya sedekah...
Liriknya tazkirah...
Renungnya muhasabah...
Alunannya qasidah...
Membisikkan cinta hanya pada DIA...

Friday, February 12, 2010

"KItA LeBih kEciL daRi kUmaN.."

Cerita ni saya petik dari buku " Langit Ilahi, Tuhan Tidak Lupakan Kita" ( karangan Hilal Asyraf )

Seorang pensyarah bertanya kepada peserta program, mana yang lebih besar antara diri kami dengan daerag Kluang.. Kemudian, peserta menjawab,mestilah daerah Kluang..

Kemudian, dia bertanya lagi, mana yang lebih besar antara daerah Kluang dengan negeri Johor?.. Semua menjawab : Johor..

Dia meneruskan pertanyaan lagi, negeri Johor dengan Malaysia?.. Semua peserta menjawab, Malaysia. Dia tidak berhenti di situ, dia bertanya lagi, Malaysia dengan Asia... Semua peserta dengan segera menjawab Asia.. Sampai sini dia bertanya,di manakah kami,yakni peserta program..

Semua peserta kata, sudah lebih kecil daripada semut.. Dia tersenyum.. Kemudian, dia smbung lagi, antara Asia dan planet Bumi, mana yang lebih besar.. Peserta menjawab,planet Bumi.. Pensyarah itu bertanya lagi, planet Bumi dan Galaksi Bima Sakti, mana yang lebih besar? Semua peserta menjawab, Galaksi Bima Sakti.. Dia terus bertanya lagi, Galaksi Bima Sakti, dengan seluruh angkasa raya, mana yang lebih besar.. Peserta menjawab,seluruh angkasa raya.. Dia berhenti bertanya..

Kemudian,bertanya lagi.. Kalau diteropong dari luar angkasa raya yang mana saintis pun belum dapat mencari penghujungnya, apakah kita mampu melihat Bima Sakti?.. Semua peserta menggeleng kepala.. Dia bertanya,adakah kita mampu melihat planet Bumi?.. Peserta menngeleng lagi.. Kemudian,dia bertanya, sebesar mana manusia ketika itu?..
Ada peserta berkata, “ Lagi kecil daripada kumanlah,doctor ”..

Dia mengangguk.. “Adakah kamu tahu, Allah itu lebih besar dari segal-galanya..”
Pensyarah itu seterusnya membaca sepotong ayat al-Qur’an, dari surah Ali Imran ayat 165 yang bermaksud:
“Dan Allah di atas segala sesuatu.”

Allah itu “lebih besar” daripada seluruh angkasa raya.. Dan kita pula jauh lebih kecil daripada kuman di hadapanNya.. Jika Allah mahu, ketika kita alpa dan tidak bersyukur denganNya, bila-bila masa sahaja Dia boleh mendatangkan keburukan kepada kita.. Tetapi, kasih Allah kepada hamba-hambaNya menyebabkan Dia masih lagi memberikan peluang dan umur yang panjang kepada kita..

Allah itu amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya yang kerdil tetapi bongkak..
Lihat sahaja Fir’aun,dia sombong dan angkuh, mengaku dirinya Tuhan dan menafikan Allah s.w.t sebagai Tuhan sekalian alam. Tetapi, Allah masih lagi belas kasihan kepadanya, lalu menghantar Nabi Musa untuk member peringatan padanya..

Lihat pula orang yang sering melupakan Allah.. Allah tidak pernah meninggalkan mereka.. Mereka masih diberikan udara tanpa dikurangkan sedikit pun.. Mereka masih lagi diberi rezeki tanpa pernah putus.. Mereka masih lagi disambung nyawa tanpa henti dan masih lagi diberi pelbagai nikmat tanpa berkira…

Kerdilnya kita, besarnya Allah..

Renung2kanlah…

Thursday, February 11, 2010

“BeRjuaNglaH…”

Pilihanraya kampus baru saje berlalu.. Sekarang bermulalah pula proses penyusunan organisasi baru dan penyelarasan tugas antara biro..

Melihat taklifan yang diberi pada sesi kali ni, sy sendiri pun tak taw nak kate ape.. Hehe.. Hanya mampu tersenyum pada diri sendiri.. Mampukah sy untuk berjuang di medan organisasi kampus ni?? Minda sendiri berputar mencari jawapnnya… Untuk menolak, apakah alasannya?.. Untuk menerima, kuatkah fizikal dan rohaninya?..
Namun, sy tenangkan diri untuk mencube dan sesuaikan diri ini dengan keadaan sekeliling.. Terimbau kembali dalam ingatan tentang sirah Nabi dan para sahabat baginda..
Ketika berlakunya perang Badar, pihak muslimin bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Islam.. Di tengah kekalutan itu, ada seorang sahabat Nabi bertanya kepada Rasulullah.. “Wahai Rasulullah, apakah yang menantiku andai kata aku gugur di medan Badar?” Nabi menjawab, “Syurga buatmu”.. Tanpa berlengah,sahabat tadi terus melawan musuh sehingga akhirnya,syahid menjadi milik beliau…

Itulah perjuangan mereka..

Itulah peluang yang Allah sediakan untuk mereka..

Alangkah beruntungnya mereka kerana terpilih untuk gugur di medan jihad ketika mempertahankan agamaNya…

Maka, cube kite renung kembali… Peluang itu sbnrnya juge tersedia buat kita.. Sebagai contoh, berjuang melalui metode organisasi… Berorgnisasi untuk memastikan bi’ah kita adalah bi’ah solehah… Segalanya bergantung pada diri kita sendiri.. Sama ada untuk merebut peluang yang ada ataupun mengabaikannya tanpa berfikir panjang…

Jikalau dulu, apabila seruan jihad dilaungkan, para sahabat akan menjawab, “ Kami sanggup berjuang kerana Allah dan Rasul!!! Pilihlah kami,wahai Rasulullah!!!..”

Amat jauh bezanya semangat juang yang ada dalam diri mereka berbanding dengan diri kita.. Betapanya lemahnya kita kan?

Apabila orang mengajak kita berjuang dalam organisasi, kita mengatakan kita tidak layak..

Apabila orang memilih kita untuk memegang taklifan, kita mencegah dengan mengatakan diri kita tak mampu..

Apabila orang memberikan kepercayaan pada kita untuk berbakti, kita menolak dengan mengatakan diri kita belum bersedia…

Astaghfirullah…

Saya tersentak dengan pernyataan2 yang sy cipta sendiri.. Betapa lemahnya diri ini sebenarnya..

Ya Allah…

Hadirkanlah semagat jihad itu dalam diriku..

Sematkanlah sekemas2nya semangat juang itu di dalam diriku dan shabat2ku…

Bangkitlah wahai pejuang!! Bangunlah dari lena yang panjang…

( Berjuang ertinya terkorban, rela terhina kerna kebenaran.. Antara dua jadi pilihan, dunia yang fana,atau syurga.. !!! )

Islam pasti MENANG!!! Allahuakbar!!!