Thursday, March 25, 2010

...PBS...=)

Setelah seminggu berada di skpki,
akhirnya berakhirlah tugasan
PBS (pengalaman berasaskan sekolah) sy..
hehe..

Sejak hari pertama sehingga hari yang terakhir,
banyak pengalaman yang sempat sy kutip
sepanjang berada di sana..
Berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar..
Adoi, nakal gak mereka ni..

Pada PBS kali ni,
sy sempat masuk beberapa kelas...
yang tak leh nak lupe..
masuk kelas taun lima..
kelas paling belakang...=)

Pe pun, sy seronok bersama mereka..
kalo nak kate bising tu,tak yah cakap r..
Bagai nak pecah satu kelas..
tp, bile dengar latar keluarga masing2..
hurmmm.. baru sy faham..
antara jawapan mereka bila ditanya apa pekerjaan ayah mereka:
( penjual ikan, tukang sapu sampah, tukang buat rumah dan sebagainya..)

kelu lidah saya..
tak taw nak cakap ape..
dalam usia sekecil itu, mereka telah terdidik,
telah merasai sebuah pengalaman,
bagaimana SUKARNYA menjalani liku2 kehidupan..

tak seperti budak2 lain,
celik mata je..
sume dah ade..
komputer,meja study, buku rujukan...

tp mereka..
hari minggu je..
tolong mak ayah berniaga,
ikut ayah wat rumah orang..
buku pun susah nak beli..

walau macam mana pun..
itulah kehidupan..
ada yang bernasib baik..
dan tidak kurang jugak,yang tidak bernasib baik..

sebagai guru...
siapa pun murid kita...
macam mana pun kerenah dan tingkah laku mereka..
sesakit hati mana pun mereka wat kat kite..
mereka adalah PELAJAR kita..

jd..
terima lah mreka seadanya..
dan layanilah mereka dengan adil dan saksama..
=)

.." GURU PENDIDIK BANGSA "..

Tuesday, March 16, 2010

" mEnaNgiSlaH "

Assalamualaikum w.b.t..

Tetibe je, jari ni terase nak tulis pasal menangis ni..
Ye la..
Menangis tu kan, fitrah manusia..
Kdg2, kite nangis sebb telalu hepy..
Tak semestinya sbb sedih kan?

Sy br je bace majalah solusi.. Ade disebut tentang fakta menangis..
hehe.. Bnyk rupenya faedah menangis ni..
Antaranya,ia dapat membuang bhn2 kimia yang tak diperlukan dalam badan kite..

Perasan tak, biasanya orang perempuan lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki..
Sbb tu la,tempoh hayat permpuan lbih lame berbanding lelaki.. sbb, bhn kimia da bnyk kuar melalui air mata.. hehe..

Nape lelaki ssh nak nangis?..
Sbb ego n tak mau dikatakan lemah..
hehe..(jgn marah ye,kaum adam )
tp itulah faktanya..

Menangis juga bleh menenangkan jiwa kita..
kajian mendapati, 85% wanita dan 73% lelaki berasa lega lepas nangis..
jd, menangislah apabila keadaan mengharuskan kita untuk menangis..
chey wah..
jgn tahan.. nanti diri sendiri gak yang merana..

Sebagai seorang muslim juga,kite digalakkan untuk menangis dalam keadaan tertentu seperti, menangis kerana mengenangkan dosa yang lalu dan bertaubat memohon ampunan daripadaNya..

Rasulullah s.a.w bersabda :
" Diharamkan neraka bagi mata yang menangis kerana takut kepada Allah Taala.."
( Riwayat al-Hakim, no.2432 )

Selain itu, alirkanlah juga air mata kita ketika sujud dan khusyuk dalam doa.. Letakkanlah sepenuhnya pengharapan dan pergantungan kita hanya pada Ilahi..
Sebagaimana firman Allah dalam surah al-isra', ayat 109 ada menyebut :
"Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk "

Jadi..
Andai kita menangis..
bukan bererti kita lemah..
tp,ianya adalah sebagai satu penawar bagi hati...

Andai kite menangis..
bukan bermakna kita gagal..
tp,ia adalah satu titik mula
kepada satu kejayaan yang penuh bermakna...
=)

Menangislah jika perlu..
kerana air matamu begitu berharga...

"Salam muhasabah.."

Sunday, March 14, 2010

SURAT CINTA BUATMU RASULULLAH...


Assalamualaika, ya Rasulullah..

Sebelum diriku mula berbicara, sudah tergambar di fikiran ini..

Betapa bahagianya dirimu di sisi Allah..

Betapa bertuahnya dirimu menjadi pilihanNya..

Betapa beruntungnya dirimu ditabalkan menjadi utusanNya..

Dikaulah penghulu sekalian Nabi, pembawa rahmat buat sekalian alam..

Ya Rasulullah…

Di kesempatan ini, ingin daku khabarkan kepadamu…

Aku rindu padamu, ya Rasulullah.. Aku dambakan pertemuan denganmu, ya Rasulullah… Seringkali aku bertanya pada diri ini… Pada hayatku ini, aku belum sempat bersamu, ya Rasulullah.. Terpilihkah aku untuk bertemu denganmu di akhirat sana?.. Ingin sekali aku tatap wajah indahmu… Ku tadahkan tangan ini memohon pada Ilahi, agar dipertemukan denganmu, ya Rasulullah.. Walau pun sekadar menatap pusaramu, itu sudah cukup bagiku.. Tapi, berpeluangkah diri ini?...

Ya Rasulullah…

Walaupun kita tidak pernah bersua, sirahmu menjadi pedoman hidupku.. Engkaulah qudwahku… Betapa hebatnya perjuanganmu.. Betapa tabahnya dirimu menerima cabaran dan tarbiah dari Tuhan..

Malu untuk diri ini berkata-kata..

Ya Rasulullah,

Diri ini pernah berjanji untuk mengamalkan sunnahmu.. Diri ini juga pernah berjanji untuk menyambung rantai perjuanganmu… Namun,seringkali aku rebah dalam berjuang.. Seringkali diri ini terasa lemah.. Penat dan letih... Kaki ini telah gagal untuk terus melangkah.. Aku GAGAL,ya Rasulullah…

Di saat ini,diriku mendambakan dirimu bersamaku..

Ingin aku adukan padamu,keperitan yang aku rasai…Ingin aku adukan kesakitan yang aku deritai…Ingin aku adukan segala-galanya, ya Rasulullah..

Aku malu, ya Rasulullah…

Malu untuk berhadapan denganmu… Aku malu dengan pengakuanku… Namun,itulah yang aku lalui..

Ku cuba menelusuri sirahmu,ya Rasulullah.. Mencari-cari semangat juang yang engkau tinggalkan.. Mengutip kembali segenggam tabah yang engkau wariskan… Tapi, aku tetap GAGAL untuk bangun dari kejatuhanku…

Aku cuba lagi,ya Rasulullah…

Ku usap butir jernih yang jatuh tanpa henti… Ku kutip sisa-sisa semangat yang masih berbaki..

Aku akan terus mencuba,ya Rasulullah… Andai harta yang jadi taruhan, andai nyawa yang harus dikorbankan, akan aku buktikan.. Demi meneruskan perjuangan ini, AKU SANGGUP, Ya Rasulku..

Wahai Rasul Penghulu Sekalian Nabi,

Aku bahagia menjadi umatmu… Sudah lama dirimu meninggalkan kami,ya Rasullah..

Amanatmu, sunnahmu, tetap abadi hingga kini..

Namun,malu untuk diri ini akui… terlalu sedikit iktibar yang aku praktikalkan..

Maafkan aku,ya Rasulku…

Terlalu sedikit hikmah yang dapat aku rungkaikan…

Terlalu sedikit penghayatan yang aku renungkan…

Sedangkan perjuanganmu begitu perih dalam menegakkan yang hak, menghazafkan yang batil…

Maafkan aku, maafkanlah aku..

Di akhir qalamku ini…

Sekali lagi ingin aku lafazkan.. “ Aku rindukanmu, ya Rasulullah..”

( salam maulidurrasul 1431 H ) walau pun lambat, tapi tak po la.. chey wah.. =)