Friday, February 12, 2010

"KItA LeBih kEciL daRi kUmaN.."

Cerita ni saya petik dari buku " Langit Ilahi, Tuhan Tidak Lupakan Kita" ( karangan Hilal Asyraf )

Seorang pensyarah bertanya kepada peserta program, mana yang lebih besar antara diri kami dengan daerag Kluang.. Kemudian, peserta menjawab,mestilah daerah Kluang..

Kemudian, dia bertanya lagi, mana yang lebih besar antara daerah Kluang dengan negeri Johor?.. Semua menjawab : Johor..

Dia meneruskan pertanyaan lagi, negeri Johor dengan Malaysia?.. Semua peserta menjawab, Malaysia. Dia tidak berhenti di situ, dia bertanya lagi, Malaysia dengan Asia... Semua peserta dengan segera menjawab Asia.. Sampai sini dia bertanya,di manakah kami,yakni peserta program..

Semua peserta kata, sudah lebih kecil daripada semut.. Dia tersenyum.. Kemudian, dia smbung lagi, antara Asia dan planet Bumi, mana yang lebih besar.. Peserta menjawab,planet Bumi.. Pensyarah itu bertanya lagi, planet Bumi dan Galaksi Bima Sakti, mana yang lebih besar? Semua peserta menjawab, Galaksi Bima Sakti.. Dia terus bertanya lagi, Galaksi Bima Sakti, dengan seluruh angkasa raya, mana yang lebih besar.. Peserta menjawab,seluruh angkasa raya.. Dia berhenti bertanya..

Kemudian,bertanya lagi.. Kalau diteropong dari luar angkasa raya yang mana saintis pun belum dapat mencari penghujungnya, apakah kita mampu melihat Bima Sakti?.. Semua peserta menggeleng kepala.. Dia bertanya,adakah kita mampu melihat planet Bumi?.. Peserta menngeleng lagi.. Kemudian,dia bertanya, sebesar mana manusia ketika itu?..
Ada peserta berkata, “ Lagi kecil daripada kumanlah,doctor ”..

Dia mengangguk.. “Adakah kamu tahu, Allah itu lebih besar dari segal-galanya..”
Pensyarah itu seterusnya membaca sepotong ayat al-Qur’an, dari surah Ali Imran ayat 165 yang bermaksud:
“Dan Allah di atas segala sesuatu.”

Allah itu “lebih besar” daripada seluruh angkasa raya.. Dan kita pula jauh lebih kecil daripada kuman di hadapanNya.. Jika Allah mahu, ketika kita alpa dan tidak bersyukur denganNya, bila-bila masa sahaja Dia boleh mendatangkan keburukan kepada kita.. Tetapi, kasih Allah kepada hamba-hambaNya menyebabkan Dia masih lagi memberikan peluang dan umur yang panjang kepada kita..

Allah itu amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya yang kerdil tetapi bongkak..
Lihat sahaja Fir’aun,dia sombong dan angkuh, mengaku dirinya Tuhan dan menafikan Allah s.w.t sebagai Tuhan sekalian alam. Tetapi, Allah masih lagi belas kasihan kepadanya, lalu menghantar Nabi Musa untuk member peringatan padanya..

Lihat pula orang yang sering melupakan Allah.. Allah tidak pernah meninggalkan mereka.. Mereka masih diberikan udara tanpa dikurangkan sedikit pun.. Mereka masih lagi diberi rezeki tanpa pernah putus.. Mereka masih lagi disambung nyawa tanpa henti dan masih lagi diberi pelbagai nikmat tanpa berkira…

Kerdilnya kita, besarnya Allah..

Renung2kanlah…

No comments: