Wednesday, May 27, 2009

LALAT bukan remeh pada Umat ISLAM...

Dipetik dari solusi : edisi 7

Penulis : Umar M Noor

Renungilah untuk perkongsian bersama..

Imam Ahmad dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan dari Sayidina Salman al- Farisi ia berkata : " Seorang lelaki masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki masuk neraka juga kerana seekor lalat.".. Murid-murid bertanya : Bagaimana itu terjadi? "

Ia lalu bercerita, " Dua orang lelaki berjalan melalui sebuah kaum penyembah berhala. Mereka tidak membiarkan sesiapa berlalu dari tempat itu sebelum mempersembahkan korban untuk mereka.

Kaum itu berkata kepada salah seorang daripada keduanya, " Persembahkanlah sesuatu untuk berhala." Mereka berkata, " Persembahkan walau seekor lalat." Ia lalu mengorbankan seekor lalat kepada berhala dan mereka pun melepaskannya. Salman berkata, " Orang ini masuk neraka."

Mereka berkata kepada lelaki yang lain, " Persembahkanlah walau seekor lalat." Ia menjawab, "Aku tidak akan mempersembahkan apa-apa selain kepada Allah S.W.T." Mereka lalu memenggal kepalanya. Salman berkata," Orang ini masuk syurga."

Selain itu, Imam al-Sya'rani bercerita : Seseorang bermimpi bertemu Imam al-Ghazali setelah beliau wafat. Orang itu bertanya, " Bagaimana Allah memperlakukan terhadap dirimu?" Dia menjawab, " Allah mengampunkan aku kerana satu hari aku membiarkan seekor lalat minum dari tinta yang sedang aku gunakan untuk menulis."

Kisah yang dipaparkan ini mengajar kita, sesuatu yang sangat penting,iaitu walaupun perbuatan kecil yang dilakukan seseorang namun kadang-kadang memeberikan impak yang sangat besar...

Wallahua'lam.....=)

No comments: