Wednesday, July 13, 2011

...I BELIEVE...

I BELIEVE

Irfan Makki feat Maher Zain

IRFAN MAKKI
When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

(~_^)

Friday, July 8, 2011

...be INDEPENDENT...

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum w.b.t....

Kata2 itu buat diri ini untuk berfikir lagi...........

(25 jun 2011,sabtu)
"Adik kene belajar... Belajar untuk lebih berDIKARI lepas ni...u know abah's condition now,rite?"

Sy hny mengangguk......tande faham la kot...agaknye la...hehehehe...


Apabila sesuatu situasi dan keadaan telah mendesak...
Kita pasti akan belajar untuk berdikari...
Cuba untuk berharap pada diri sendiri....
Cube melakukan apa yg belum kita mampu buat n langsung tak tahu buat dengan sendiri..tanpa menunggu orang lain untuk bantu kita...kan? kan?
Kadang2 menjadi...kadang2 gagal...
tapi takpela...buat selagi mampu...buat sedaya mungkin...
coz...
kalo tak buat...
kita takkan tahu di mana kemampuan dan tahap potensi diri kita....
=)

so...
beranikan diri untuk mencuba...
dan cubalah untuk berdikari...

ade gak org cakap...
kita MEMERLUKAN orang lain untuk hidup!!
yess!! memang betul dan tepat sekali....
tak salah pun statement tu...

cumenya...
perlu diingat....
"mereka yang membantu itu hanyalah pelengkap" namun basicnya "adalah diri kita sendiri"...=)

"rabbi yassir wa la tu'assir,ya karim"
..........................................................

Doaku padaMU....
Sembuhkanlah segala kesakitan, bagi mereka2 yang Kau uji dengan kesakitan....
Tabahkanlah mereka yang diuji, bagi mereka2 yang Kau hadiahkan dengan kesukaran...
Sabarkanlah mereka yang dikecewakan, bagi mereka2 yang kau kurniakan dengan dugaan...

Semoga dengan ini, pautan dan pergantungan KAMI hanyalah padaMu,ya Rabb....

"hasbiyAllahu wa ni'malwakil, amiin......."

~Salam Jumaat~

Friday, June 17, 2011

...teRasiNg...

Bismillahirrahmanirrahim.........

Assalamualaikum w.b.t....

........................................................................

Sebuah perjanjian....

"Janji pada aku dua perkara." Zaman mengepal penumbuk dan mendekatkannya pada dada kiriku.

"Pertama,ingati aku dalam setiap doamu."

Hati aku tiba-tiba rasa sebak. Sinaran mata Zaman, dan sentuhannya kepadaku membuatkan aku terasa seperti dia sedang meluahkan satu harapan yang teramat besar kepadaku.

"Kedua?"

Zaman menarik nafas sebentar. "Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok, kau luruskanlah aku."

Janji. Terpatri 15 tahun yang lalu. Tetapi, aku tidak tahu hendak menganggap bagaimana janji itu terhadapku. Janji kepada sahabat yang berharap, namun beberapa tahun selepas pemergiannya, kami terputus hubungan dan kemudian langsung tiada khabar berita yang kunjung tiba. Ibarat angin, dia hilang begitu sahaja. Terputus hubungan, dan langsung tiada perjumpaan.

...........................................................................

Ukhuwwah....

Bila kita merujuk kembali kepada berkenaan ukhuwwah, kita akan dapat lihat bahawa, ukhuwwah yang baik itu tidak dapat tidak adalah dibina daripada keimanan yang benar kepada Allah SWT.....serendah-rendah ukhuwah adalah bersangka baik kepada sahabat kita...

.....tingkatan tertinggi ukhuwah, yakni ithar,ataupun melebihkan sahabat berbanding diri sendiri...melebihkan orang lain daripada diri sendiri adalah satu tadhiah (pengorbanan)..

Simfoni ukhuwah ini tidak lagi dimainkan dalam kehidupan masyarakat hari ini. Jangan kata melebihkan orang lain, hatta bersangka baik pun sudah hancur dimamah hasad dan bersangka-sangka. Tanpa ukhuwah, tidak akan terbina kesatuan ummah....

........................................................................

Konflik, ujian persahabatan............

"Sanggup kau buat begini kepada aku!" Aku menunjuk ke arahnya.

Mata Zaman membesar.

"Kau yang khianat pada aku dahulu jahanam!" Dia menengking.

Aku terkejut. Adakah aku yang mengkhianati dia terlebih dahulu?

Zaman menunjuk kepada aku. "Kau, kau dah khianati persahabatan kita. Sebab, kau asingkan aku daripada kehidupan kau, aku jadi begini!"

Nafasku seperti tersekat. Kenapa? Kenapa aku pula yang dipersalahkan?

.................................................................

Cinta??

"Buat apa? Adakah kalau aku ceritakan kepada kamu, kamu hendak beralah dan membiarkan Atikah menjadi milik Zaman?"

Kemungkinan,itulah yang akan aku lakukan. Daripada memilih untuk menjadi seperti hari ini, Atikah diancam, dan Zaman terjerumus ke lembah kerosakan, lebih baik aku memilih untuk menafikan cinta untuk diri aku sendiri. Aku sayangkan Atikah. Aku sayangkan Zaman.

Senior melepaskan nafas lemah. "Sebab itu, aku tidak memberitahu apa-apa berkenaan perasaan Zaman terhadap Atikah kepada kamu. Aku tahu, kamu akan kasihankan Zaman lalu beralah."

"Tapi, sebab itulah dia jadi begini." Aku rasa bersalah.

"Buang rasa bersalah kamu. Jodoh itu di tangan Allah. Tambahan, Atikah tidak mencintai seseorang yang bernama Zaman. Atikah mencintai kamu." Senior memberitahu. Terus terang.

Aku diam. Memang daripada dulukah?

.....................................................

Jodoh dan takdir....

"Anakku,muhasabahlah dirimu. Perempuan baik untuk lelaki yang baik. Jika kau inginkan perempuan yang baik, maka perbaikilah dirimu. Allah jugalah yang memberikan kamu apa yang kamu pinta. Maka, jadikanlah cintamu kepada Allah sebagai pokok yang membuahkan cinta-cinta yang lain. InsyaAllah, kamu tidak akan kecewa bila silap, dan kamu akan rasa teramat bahagia bila betul."

"Kamu berkahwin, bukan kerana perempuan itu. Tetapi kamu hendak memenuhi amanah Rasulullah SAW dan arahan Allah SWT......

"Kalau kamu faham apa yang aku katakan ini, maka binalah diri kamu mulai hari ini. Kemudian, dengan yakin, kamu lamarilah dia. Tak semestinya dia itu jodoh kamu, tetapi kalau kamu silap, kamu tidak akan kecewa. Sebab kamu faham bahawa, kamu bukan berkahwin kerana dia."

.....................................................................

Belajar untuk menghargai......

Benarlah kata orang, kita hanya tahu sesuatu itu berharga, apabila ia ditarik pergi daripada kita...

Bila sudah tiada, baru terasa bahawa nikmat itu satu perkara yang tidak tertanding..

"Ya Allah, Kaulah yang memberikan kepadaku Atikah. Maka kembalikanlah dia kepada aku, ya Allah. Kembalikanlah. Ya Allah, Kau lah yang mengurniakan aku Shuraish, Waqas dan Faizan. Maka aku meminta kepadaMu ya Allah, agar kau jangan menarik mereka pergi daripadaku lagi. Kembalikanlah mereka Ya Allah,kembalikanlah mereka ya Allah. Kembalikanlah."

............................................................

Siapa yang mengasingkan siapa?

Sahabat-sahabatnya di sana mencaci makinya, menjauhinya, dan mengutuknya dengan pelbagai kutukan. Tiada seorang pun yang hendak menghulurkan tangan.

"Siapa yang membantu aku? Mereka semua pelajar agama!" Zaman berteriak marah.

"Semua mengasingkan aku!"

Ceritanya, pada saat menyempitkan itulah Khairul muncul...

"Khairul telah membuka mata aku. Menjadi baik tidak akan memberikan aku apa-apa. Buktinya, aku tidak dapat pun orang yang aku cinta. Malah, bila terjatuh, semua memandang buruk." Zaman bersuara.

"Cinta Rasulullah SAW kepada Khadijah, lebih tinggi daripada cinta kau kepada Atikah! Tetapi Baginda sedikit pun tidak berputus asa dengan Allah apabila Allah tarik Khadijah dari sisi Baginda!" Aku melaung.

Zaman senyap.

"Siapa yang mengasingkan kau,Zaman?" Aku bertanya lagi.

"Aku dan senior terus berhubungan dengan kau. Kau yang melarikan diri. Kau hilang keyakinan dengan persahabatan kita. Kau lebih percayakan Khairul....................

Melihat Zaman yang sudah mengacukan senjatanya kepada aku, aku merasakan bahawa kata-kataku tadi tidak sampai ke hatinya...

Tidak sampai.................

Andai kata aku dapat mengeluarkannya dari lembah asing itu........

"Zaman,aku tidak peduli apa yang kau fikir. Ketahuilah yang aku percayakan kau. Kalau kau tembak aku pun, aku harapkan kau kembali kepada Allah selepas ini."

"Matilah Saifullah!"

.....................................................................

Adakah aku (Saifullah) mati dalam novel ini??....
Kalau nak tahu, kena la bce novel TERASING, karangan HILAL ASYRAF... hehe...utk pengetahuan pembaca, apa yg tertulis di atas, saya ambil dari novel terasing...

Bg sy, penulisan novel ni agk berat,tp sgt terkesan...penulis menggarap dengan baik tentang erti ukhwah dan persahabatan....=)

Ha, dalam bnyk2 watak dalam novel ni, sy suka watak Amiri, namun saya tak sertakan la dialog Amiri... kenapa sy suke watak tu,ek? (mungkin ada persamaan antara kami,jeng3........tp,sy bukanlah anggota SEG dan teror bertarung ibarat pendekar mcm Amiri...)

..............................................................................

TERASING....
ia membawa minda ini untuk berfikir....
kita psti pernah merasa jauh...jauh dari insan sekeliling...
rsa juga seperti disisihkn...
namun hakikatnya....
adakah mereka yg mengasingkan kita?
atau kita yang memilih untuk mengasingkan diri sendri....

TERASING...
kadang2,kita merasakan takdir hidup tidak memihak kepada kita...
seolah2,Allah mengasingkan kita dari mengecapi hidup yang kita impi-impikan...
namun,adakah itu BENAR?
adakah Allah yang mengasingkan kita daripada hidayah atau penghidupan?
atau kita yang mengasingkan diri daripada menggapai petunjuk dari Tuhan?...

Bukankah Allah ada berfirman...
"Dan jika hambaKu bertanya kepadamu berkenaan Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat."
(Surah al-Baqarah 2: 186)

Emmm....
Allah tidak pernah mengasingkan kita daripadaNya dan sentiasa dekat dengn kita...jd, jangan la rase terasing yep............hehe....

ok,moge kita smua mendapat manfaat atas perkongsian ni...=)

Wassalam......
.....................................................................................
footnote :
* kpd pmbca : boleh juga bce buku SINERGI...turut membawa mesej tentang ukhuwah dan persahabatan...=) 1+1 = 3 (itulah SINERGI)