Sunday, September 5, 2010

...Kemuliaan Ramadhan...

Munsyid : UNIC feat In-Team

Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

Ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu
mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

Bersyukurlah pada rahmat-Nya
(Ya Ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya Ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang
mendapat keredhaan-Nya(ya Ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

......................................................................................

Assalamualaikum w.b.t...

Firman Allah s.w.t :

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

Pejam clik,pejam dan celik lagi...
Ramadhan semkin menghampiri pengakhirannya..
ye!! Ramadhan bakal meninggalkan kita..

Sengaja sy kongsikan lirik di atas..
Untuk kita renung kembali,betapa beruntungnya kita masih diberi kesempatan untuk bertemu ramdhan pada tahun ini..
Agar kite muhasabah kembli, betapa banyaknya kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada hambaNya yang bertaqwa dan beramal soleh...

Ya Allah...
Andaikata ini Ramadhan terakhir bagiku...
Jadikanlh ia Ramdhan yang terbaik...
Terimalah pengabdianku..
Terimalah amalanku...
Dan redhailah aku sebagai hambaMu...
Aminn...

Perkongsian bersama :

Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemu dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), Dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah :

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

( sumber :http://darussyifa.org/modules )

Renung2kan dan selamat beramal (~_^)v


Monday, August 30, 2010

...jGn baCe,lawAk saNgat...

Assalamualaikum w.b.t...

by: Nur Amin Ramli...

Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini.... 3 Minit je, tak lama pun..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

Wallahualam… Sebarkanlah...

Sunday, August 29, 2010

...JikA isTeri mEnaNgis dihAdapaNmu….


Bismillahirrahmanirrahim...
Kata2 ni bukan rekaan sy tp, skdr tergerak untuk dikongsikan bersama... Tngah2 duk jalan2 kat alam maya ini, tetibe terjumpe...hehehe...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis krnamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperosok terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU dan MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. . Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
(^_^)