Monday, June 6, 2011

...LonG tiMe no sEe...

Assalamualaikum w.b.t...........

Bismillahirrahmanirrahim.........

Sudah agk lame entry baru tidak dipostkan...kdg2,ada idea yang bersarang dalam fikiran namun,sengaja tidak ditulis...kenapa?

Bimbang...
takot2 terbawa2 dengan emosi yang sebenarnya agak kurang stabil dan tidak mengizinkan...

Setelah berfikir...
Sambil bila nak menjadikan emosi itu satu halangan dalam penulisan ni...
So...sy ambil keputusan... i need to write sumting...=)

Exam da berlalu...agk sedikit lega...
Boleh jawab atau tidak len cite...(yang pling penting,da abes.............hehehe)
Macam mane pun,itulah yang terbaik yang mampu sy buat untuk waktu dan ketika itu...

Sekarang...cuti semester...
Masa utk release...
Masa utk kembali menyusun strategi...
Masa utk memotivasikan diri...
Masa utk memuhasabah diri..........

Fuhhh...........penat...
Dan......masa cuti ini...
No rest for me...
Kenapa? Agar cuti ini menjadi cuti yang bermakna dan terisi...(^_~)v
Aiseyh....Bukankah Nabi kita juga ada bersabda :

“Ada dua kenikmatan yang kebanyakan manusia merugi (terhalang dari mendapat kebaikan dan pahala) di dalamnya, iaitu kesihatan dan waktu luang.” (HR. Al-Bukhari no. 6412)

Hadith yang mulia di atas memberikan beberapa faedah kepada kita:

Pertama:

Kita hendaklah memanfaatkan waktu sihat dan waktu luang untuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan mengerjakan kebaikan-kebaikan sebelum hilangnya dua nikmat itu. Kerana, waktu luang akan diikuti dengan kesibukan, dan masa sihat akan disusuli dengan sakit.

Kedua:

Islam sangat mementingkan dan menjaga waktu. Kerana waktu adalah kehidupan, sebagaimana Islam mementinglan kesihatan badan di mana akan membantu sempurnanya agama seseorang. (untuk beribadah dan membuat amal kebajikan)

Ketiga:

Dunia adalah ladang akhirat. Maka, hendaklah seorang hamba membekalkan dirinya dengan takwa dan menggunakan kenikmatan yang diberikan Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk taat kepada-Nya.

Keempat:

Mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah dengan menggunakan nikmat tersebut untuk taat kepada-Nya. (Bahjatun Nazhirin Syarhu Riyadhis Shalihin, 1/180-181)

Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata:

“Banyak orang rugi di dalam dua jenis kenikmatan ini, iaitu nikmat sihat dan waktu luang. Kerana,apabila seorang insan berada dalam keadaan sihat, ia mampu menunaikan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala perintahkan kepadanya dan mampu meninggalkan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala larang. Dadanya dalam keadaan lapang dan hatinya tenang......"

Ha.........
Jadi,manfaatkan masa sihat dan masa lapang yang ada smentara kita diberi ruang dan peluang itu.....huhuhu...

Apabila kita sibuk,kita akan mengerti bahawa betapa nikmatnya sihat dan masa lapang yang Allah berikan (tak dapat nak diungkap dengan kata2)...kita pun jarang jugak nak ucap "alhamdulillah" atas segala kurniaan nikmat dan ujian daripadaNya...jom!!! perbanyakkan ucap "HAMDALAH" kerana nikmat dan ujian itu adalah hadiah daripadaNya dan warna warni dalam kehidupan..(baru berseri2 perjalanan hidup kita kan??)...hehehe..

ok la...
sampai di sini dulu entry kali ni...
insyaAllah entry seterusnya akan menyusul......
doa2kanlah yep...
(^_~)...

Wassalam...





Saturday, April 30, 2011

...nur aisyah al-humairah...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.......

Assalamualaikum w.b.t...

Ahlan wasahlan ya aisyah.......=)
my little niece...



-my latest pic..~

18 Mac 2011..
detik bersejarah kelahiranmu...hehehe..
kalo aisyah nak taw,sume orang tak sabow nak tunggu aisyah lahir...
hmmm...lebih2 lagi ummi dan walid aisyah..
entry ni, cik su tulis khas untuk aisyah...
ari ni,umur aisyah da masuk 44 hari..
alhamdulillah,aisyah sihat n makin tembam........
ummi aisyah da sakit pinggang nak dukung aisyah...hik3
sabo je la...

first day aisyah lahir..
cik su ade bagi banyak pesan kat aisyah...
ingat lagi??..
hmmm...
-aisyah kena taat kat Allah dan jangan syirikkan Dia...
-kena taat juga pada Rasul..
-jadi anak yang solehah pada ummi dan walid..
-dengar cakap ummi dan walid...
-buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan laranganNya..
dan lain2...=)

{first day, after kuar dari perut ummi..=)}
~semoga dirimu menjadi insan solehah,seindah namamu,
nur Aisyah al-Humairah binti Yusmanizam~

........................................................................
do you know my little aisyah??
first time cik su tengok aisyah,time first day aisyah lahir...
after three weeks...
barulah leh tengok aisyah smule...
betape busy nye cik su aisyah ni kan??
hihihi...
i'm sorry yep..=(
bukan tak nak blik tngok aisyah...
hanya Allah je yang taw betape hati,jiwa,rage n segale2 yang sewaktu dengannya ni meronta2 nak balik jumpe aisyah...
but,its ok...
suatu hari nanti,cik su akan cite kat aisyah...
nak taw cite sal ape??
cite tentang Pengorbanan..(tp kne cite face 2 face la ek..hehe)
(^_~)

ok lah...
cik su kene berundur dulu...
c u my litte baby...
luv u soooooooooooo much...

~Wassalam~



Saturday, April 23, 2011

...segalanya MILIKMU...


Munsyid : Mestica

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan