Friday, March 4, 2011

...LupaKanLah tenTang iTu...

Assalamualaikum w.b.t...

Lupakanlah...
Perkara2 yang tak berkaitan dengan kita...
Yang menyesakkan fikiran apabila berfikir...

Fuhh...
Mungkin tulisan kali ini berbentuk penulisan biasa..
Namun...
Ia tetap satu tulisan...

Semua manusia ada turun dan naiknya..
Pernah rasa kuat dan pernah jua terasa jatuh tak bermaya...
Jadi..
Lupakanlan perkara2 yang membuat kita rasa penat dan beremosi..

Sy akui tentang itu...
Emosi yang terkadang menguasai diri..
Melemahkan setiap pelosok ruang jiwa yang keresahan...
Hmmmmm....

Seorang sahabat bertanya pada sy..
Bagaimanakah ingin jadi manusia yang tidak berperasaan?
Agak sukar mnjawab soalan itu sebenarnya...
Kerana, manusia ini fitrahnya adalah berperasaan..
Jadi,kalo wat2 cm tak de perasaan tu,sakit la jwbnya...
so,jadilah diri anda yang sebenarnya...
hehehe...

...........................................................................

PadaMu saja
Aku mengadu
Resah gelora
Yang menghempas kalbu
Terasa berat
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu padaMu..

Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..

Masihku di sini terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmatMu
Berhakkah ku ulang masa lalu..

~Andai Ku Di SisiMu By Hafiz Hamidun~

..................................................................

Tangisan tanpa erti bukanlah prinsipku Ya Allah...
Tangisan untuk perkara yang sia2 bagiku hanyalah satu pembaziran...
Kuatkanlah aku dalam mengawal tangis...
Tangis tanpa sebab...
Kerana ianya adalah kepedihan yang menyakitkan...

Jadi...
Stop crying!!
For any crazy cause..
and
Keep in smiling,taqarrub with doa are the best medicine..(hehe..rekaan semata2)

........................................................

"Buatmu wahai pencinta kebenaran, moga kita sentiasa dikekalkan dengan roh perjuangan dalam menegakkan kalimah haq di muka bumi ini, ikhlaskan hati menerima setiap tarbiyyah dariNya... Sekali Kita melangkah ke jalan dakwah, jangan sesekali berundur! Tiada senang dalam berjuang, kadang2 diiringi tangisan... Bukan lambang kelemahan tetapi sebagai pesona hati disentuh kasihnya Tuhan."

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan Allah, supaya timbul rasa KESABARAN dan KESYUKURAN... Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap KESABARAN itu pasti ada GANJARAN... Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh menghalang, namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita,pasti tak akan kita dapat walaupun ianya sudah terang-terangan berada dalam genggaman kita..."

~Salam Jumaat~

Saturday, February 19, 2011

...jOm seLawat...

Assalamualaikum w.b.t...

Bismillahirrahmanirrahim...

Di kesempatan ruang masa yang begitu mencemburui diri ini...
Sy menyeru pada diri sy dan pembaca yang budiman untuk berselawat ke ats junjungan Nabi kita, Muhammad s.a.w...

Perbanyakkan selawat ke atas Baginda...
Semoga roh dan semangat perjuangan yang ditinggalkan sentiasa mengalir dalam diri dan jiwa kita untuk memartabatkan Islam...

Allahumma solli 'ala Muhammad...
(^_^)...

Untuk Kekasihku yang dirindui...

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

~Dia Kekasih Allah~

....salam maulidurrasul...Wallahu'alam....

Wednesday, February 2, 2011

...eKosisTem beRmasaLah?...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Pertama2 skali,sblum sy menruskan penulisan utk entry kli ni, marilah same2 kite berdoa agr pergolakan di Mesir bertemu penghujungnya dan semoga saudara2 kita di sana terselamat daripada tindakan rejim yang kejam!! ~Allahumma Amiin...





ha, berbalik pada persoalan di atas...

ble berlaku banjir kilat...(seperti di selatan tanah air ketika ini)
ble berlaku tanah runtuh..
ble berlaku hakisan tanah..
ble berlaku kemarau panjang...
ble berlaku tsumani..
dan bile berlaku len2 bencana...

pasti kite akan kate/kaitkan bahawa:
ekosistem kite bermasalah agaknya...
lapisan ozon dah nipis la...
tak pun, berlaku pergerakan plat kat bawah tanah tu...

jarang2 kite menyebut:
"Astagfirullah"..

susah kdg2 untuk mengajak minda ini berfikir:
"Apakah ini bala atau peringatan dari Allah?"
Astagfirullah...

...................................................

Pulangkanlah ingatan kita pada Allah...

Kerana Allah telah berfirman :

“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

~Surah Al-A’raf ayat 7~

Cuba teliti terjemahan ayat di atas:

Kurniaan Allah amatlah melimpah2 bagi hambaNya yang bertaqwa..

dan bagi siapakah azab dan seksaan?
sudah pasti bg mereka yg alpa dan mendustakan Rasul serta peringatan dari Allah..

Jd, kejadian atau bencana yg berlaku sejak akhir2 ini,pasti ada kaitan dengan kealpaan kita,kan???..

cube renung dan insafi smule...
di manakah kedudukan kita...
di manakah posisi kita...
apakah masih dalam rahmat kasih sayangNya..
atau..
telah menghampiri kemurkaanNya?
~na'uzubiLlahi min zalik..

andaikata bencana yg menimpa itu disebabkan oleh ekosistem yang bermasalah..
mungkin ada benarnya..
mungkin itulah hujah saintifik yang terbaik yang mampu kita ungkapkan..

namun,kita mungkin silap...
kita sebenarnya terlalu mudah mengambil kesimpulan awal..
kenapa?
kerana kita lupa satu perkara..
Iaitu : PEMILIK EKOSISTEM ADALAH ALLAH MAHA ESA..
SubhanAllah..

Dialah Pengatur alam...
Dialah pencatur takdir..
Dan kita...
Hanyalah HAMBA..
Dan apakah tugas bagi seorang hamba?

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

~ Surah Adz-Zaariyat : 56 )

Bencana itu peringatan..
Kepada kita yang sememangnya sentiasa lalai..
Agar kembali ke pangkal jalan..

Malulah kita kepadaNya..
Kembalilah kita kepadaNya...
Betulkanlah kealpaan kita yang semalam...
Topup lah smula amal dan tugas yang pernah kita lupa utk laksanakan kepadaNya..
DAN...
Semoga esok menjanjikan rahmat yang sentiasa berpanjangan...
Amiin...



footnote:
same2lah kite memperbaiki diri yep...

~Wallahu'alam~