Thursday, May 13, 2010

...KiTa sOaL?? QuR'an JAWAB...

Bismillahirrahmanirrahim...

Kite sering mempersoal takdir yang singgah dalam diari dan destinasi harian kehidupan kite..
Kenapa?
Mungkin kerana kite lupe untuk bersyukur..
Mungkin juge kerana kita lupe dunia ini pentas ujian bagi manusia..
Dan mungkin juge kerana kite lupe bahawa kite ini HAMBA kepada Pencipta Yang Maha Esa..

Berikut merupakan beberapa persoalan yang seringkali bermain di fikiran kite.. Dan sudah sepastinya, QUR'AN,kitab panduan sepanjang zaman telah menyediakan JAWAPANnya..

Soalan Pertama :
Kenapa aku diuji ?

Jawapannya :

"2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta..
"

( Surah al-ankabut : ayat 2-3 )


Soalan Kedua :
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?

Jawapannya :

"216. Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

(Surah al-Baqarah : ayat 216)


Soalan Ketiga :
Kenapa ujian seberat ini?

Jawapannya :

" 286. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."

( Surah al-Baqarah : ayat 286 )


Soalan Keempat :
Kenapa rasa kecewa ?

Jawapannya :

" 139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."

( Surah ali-Imran : ayat 139 )


Soalan Kelima :
Bagaimana harus ku hadapinya :

Jawapannya :

" 45. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"

(Surah al-Baqarah : ayat 45 )


Soalan Keenam:
Apa aku dapat dari semua ni?

Jawapannya :

" 111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."

(Surah at-Taubah : ayat 111 )


Soalan Ketujuh :
Kepada siapa harusku berharap?

Jawapannya :

" 129. Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya)."

( Surah at-Taubah : ayat 129 )

"5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."

(Surah al-Fatihah : ayat 5 )


Nah!! Inilah mukjizat al-Qur'an..

Kite bace kalimahnya,tapi lupe untuk merenung isinya..
kite mungkin merenung isinya tp terlupe untuk memahami tarbiyahnya..
kita mungkin memahami tarbiyahnya, tetapi lupe untuk menghayati 'ibrahnya..

so, from NOW!!!
jom BEDAH QUR'AN!!! =)

Surat cinta dari ILAHI..
Untuk PENCINTA yang tercari-cari...
Identiti DIRI yang kelam diselaputi sepi..
Yang sebenarnya sekadar UJIAN yang takkan menyepi..
Bagi insan yang sentiasa mendambakan HAMPARAN CINTA yang abadi..

Tanyalah ape pun persoalan yang kita nak, AL-QUR'AN sudah sediakan jawapannya..
Yang penting, kene rajinlah cari..
Hehehe..

- salam muhasabah (^_~) -

................................................................................

" Takdir kadang-kadang mempertemukan sesuatu yang tak diundang, menduga dalam bermacan-macam ragam.. Memberi apa yang tak dirancang,membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan.. Dan takdir juga membuatkan kita rasa kehilangan.. Namun takdir memberi kita erti perkenalan,menyulam erti kasih sayang, mengenali erti sebuah persahabatan, mengenali erti ketabahan dan memberi erti sebuah keakraban.. Takdir juga memberi kita peluang menilai siapa sahabat, kawan dan siapa sekadar kenalan dalam mengisi ruang dalam episod kehidupan.. Ya Allah,ya Tuhanku.. Jangan biarkan sendu sahabatku berpanjangan,ringankanlah bebanan yang ditanggungnya.. Ku pohon padaMu,kuatkanlah dirinya menghadapi semua ini.. Lelapkan dirinya dalam maghfirah dan rahmatMu,ya Allah.. Amiin..

~ from Ukhti Ain Shafiqah, Wednesday, 00:35:58~




Wednesday, May 12, 2010

...eXam da dEkat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Hurrmmmmmm...
Rase cm baru je masuk sem satu ijazah, p da nak abes sem.. Skrg ni tengah get ready tuk final exam.. nak jawab pe la nnt.. Study3... Fuhhhh.. Ntahlah...

Setiap kali musim exam, cam2 kerenah ade..
-Ngadap buku 24 jam la, tak tido..
p ade gak yang tido je sepnjg ari, p last2 result gempak gak..
heehee..

Semua org ade stail masing2..
Ade resepi sendiri tuk sukses dalam hidup..

Sy?..
Ntahla.. Gitu r..
Cam orng lain la jugak..
Ade turun dan naiknya..
Kdg2, pointer ok..
Kdg2 jatuh tak bangun2...
hehehe..

Begitula,warna-warni kehidupan...
Tak selame2nye berada di atas..
Dan tak selame2nye berada di bawah..
Ibarat roda yang sentiasa berputar...
Hinggalah ia berhenti pada suatu "destinasi"...

Bile BERJAYA??
Ha,memang seronok kalo dapat result ok..
Tak makan seminggu pun tak pe..
Senyum sepanjang taun cam kerang busuk...
yela, result bagus kan..
p,bile nak masuk exam yang seterusnya,
mulela gelabah..
takut result jatuh..
keh3...

Bile GAGAL??
Frust bagai nak rak..haha
Orang bagi ayam goreng pun tak nak makan..
Menangis 7 hari 7 malam..
Menyesalla kot..
tula.. orang suh study,wat main2..
pastu, diri sendiri jugak yang merana..
(perli diri sendiri sebenarnye,hehe)

bile exam seterusnye menyusul,
struggle bukan main..yela..
nak dapatkn result yang bagus!!
tak nak ulangi kesilapan yang same..
hehe...

................................................................................

Begitulah,ujian/exam manusia kat dunia..
Bile berjaye, hepy n simpan azam untuk kekalkan kejayaan..
Bile gagal, kdg2 putus ase gak.. p,kdg2, pasti ade azam nak baiki result kan??

Itu ujian dunia...
Mudah..
Bace buku, masuk dewan exam, bulat/tulis jawapan pastu dapat markah..
=)

tp,ade lagi satu UJIAN yg kdg2 kite lupe..

Subjek : HAMBA dan KHALIFAH
Start : Bile dilahirkan ke dunia
Akhir : Bile Izrail datang cabut nyawa
Result : SYURGA atau NERAKA..

JOM FIKIR!!!

Sekadar sebagai satu renungan...
Untuk ujian dunia, begitu banyak yang kite usahakan untuk memastikan kejayaan semestinya tidak terlepas di genggaman.. Untuk setiap kegagalan, pasti ade ruang dan peluang yang seterusnya untuk kite bangkit dan capai kejayaan yang kite diidamkan..

Tapi,untuk subjek HAMBA dan KHALIFAH..
Apakah masih ade ruang dan peluang yang kedua untuk kita jika kita gagal dalam percubaan yang pertama???..

Jawapannya.......
TIDAK!!!
TIDAK SAMA SEKALI!!!

Betapa menyesalnya,orang yang gagal bagi subjek ini... Sebagaimana firman Allah Taala :

Maksudnya :

12. Dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya Kami sekarang telah yakin".


13. Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang Dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka jahannam Dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".


14. (lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan Yang demikian) rasalah azab Yang kekal Dengan sebab apa Yang kamu telah kerjakan".


( SURAH AS-SAJDAH : AYAT 12-14 )


Bile pengakhirannya telah tibe, maka tertutuplah sudah pintu kejayaan bagi kite..
Andai kite gagal, kite telah melepaskan "SYURGA" dari genggaman...
Dan kitelah manusia GAGAL..
GAGAL di hadapan Tuhan yang Maha Pencipta...

..............................................................................

Sesungguhnya, masih ade waktu bagi kite..
Untuk merebut kejayaan dan kebahagiaan yang HAKIKI...
Selagi ade kesempatan,ruang dan peluang..
Meh kite "study" dan struggle untuk subjek HAMBA dan KHALIFAH..
CAMANE ye??

Mule2..
Buka buku rujukan dan bace sampai faham:
QUR'AN DAN SUNNAH

Then,
wat praktikal lak..
SOLAT,PUASA,ZAKAT,HAJI dan IBADAT UMUM yang lain..=)

Jangan lupe??
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
JIHAD FI SABILILLAH...

.................................................................................

Namun,
Dalam mengejar kejayaan akhirat, jngn kita tinggalkan kehidupan dunia..
Biarlah seimbang...
hehe..

Analoginya mudah je..
Kite makan nasi, sayur tapi tak makan ikan..
so,sudah pasti kite akan kekurangan sumber protein yang merupakan sebahagian daripada hierarki pemakanan seimbang..
Bile tak balance, maka datanglah masalah2 kesihatan yang tak kite undang..
=)

Jadikan dunia jambatan ke akhirat..
Dunia tempat menanam,dan hasilnya kita tuai di akhirat kelak..
Moge Allah redha dengan segala pelaburan kita di dunia dalam memartabatkan agamaNya agar kita bisa menagih syurga abadi di hadapanNya kelak..=)

Saya akhiri post kali ini dengan firman Allah dari surah al-Baqarah,ayat 201 :

201. Dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka".


Wallahua'lam...



p/s : kepada shbt2, selamat menempuh peperiksaan yep.. Moge dipermudahkan segala urusan,insyaAllah..=)