Handset sy tetibe berbunyi...
(cm bese, lagu kanak2 riang tu menandakan ade mesej yang masuk)
then, sy pun bacelah.. Mesej tu berbunyi ;
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Sy yakin, semua daripada kite pasti diuji.. Tak kirelah dengan ujian atau musibah ape sekalipun.. namun, jgn kite lupe, kdg2, nikmat yang banyk pun merupakan satu ujian buat kite.. Ujian dari Allah untuk melihat kite ni bersyukur atau tidak dengan nikmat yang diberikan..
Bile ditimpa je sesuatu musibah, pasti ade yang mengingatkan :
" Setiap ujian tu pasti ade hikmahnye"..
Bagi yang mengalami ujian tersebut lak pasti berkate:
" Yela,aku taw la ade hikmahnye tp ko tak rase pe yang aku rase..."
Hehehe.. Nak wat cane, begitulah adatnya.. kan? kan?
pe pun, berterime kasih lah kepada insan yg berada di sisi kita tak kire la mase kita susah atau senang..=)
Dlm majalah SOLUSI isu.19, ade memuatkan panduan ketika kita menghadapi sesuatu musibah :
1) Tetapkan keyakinan dalam hati bahawa musibah itu daripada Allah
Dalam surah al-Hadid,ayat 22, Allah telah berfirman :
Maksudnya :" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
2) Menahan dan Mengawal diri dengan sifat sabar
Kerana dalam surah al-Baqarah ( ayat 155-156 ) Allah ada berfirman :
Maksudnya : "155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: 156. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
3) Banyakkan doa dan berzikir :(Riwayat Muslim,no.2165)
4) Tetap berusaha untuk mengatasi musibah itu..
Belajar dari musibah!! Kerana itulah sifat mukmin sejati yang akan menyebabkan mereka terhindar daripada menghadapi musibah yang sama berulang kali.. Sabda Rasulullah s.a.w :
( Riwayat Muslim no.2998 )
5) Segera bertaubat lantas bertawakkal kepada Allah
(Riwayat al-Tirmizi no.2499)
Allah juga berfirman :
( Surah at-Taubah,ayat 51)
Musibah juga akan menyerlahkan warna sebenar (true colors) diri kita sama ada di hadapan manusia lain mahupun di hadapan Allah.. Jika kita redha, itu bukan pura2.. Dan jika kita sabar, itu juga bukan pura2.. Musibah inilah kayu pengukur yang boleh menilai sehampir mana hubungan kita dengan Allah.. Jika hati kita tenteram,sabar dan redha dengan musibah,itu petanda hati kita DEKAT pada Allah..
jadi, Jom muhasabah diri kite!!! =)
.....................................................................................................................................................
p/s : tq kepada shbt2 yang sudi jage ambe time sakit minggu lepas especially to mama,feha n adik mimi comey.. =) barakallahulakunna and gud luck for final exam yep!!
No comments:
Post a Comment