Kenapa?
Mungkin kerana kite lupe untuk bersyukur..
Mungkin juge kerana kita lupe dunia ini pentas ujian bagi manusia..
Dan mungkin juge kerana kite lupe bahawa kite ini HAMBA kepada Pencipta Yang Maha Esa..
Kenapa aku diuji ?
Jawapannya :
3. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.."
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?
Jawapannya :
"216. Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Kenapa ujian seberat ini?
Jawapannya :
" 286. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."
Soalan Keempat :
Kenapa rasa kecewa ?
Jawapannya :
" 139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."
Soalan Kelima :
Bagaimana harus ku hadapinya :
Jawapannya :
" 45. Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"
Soalan Keenam:
Apa aku dapat dari semua ni?
Jawapannya :
" 111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."
Soalan Ketujuh :
Kepada siapa harusku berharap?
Jawapannya :
" 129. Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya)."
"5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."
(Surah al-Fatihah : ayat 5 )
Kite bace kalimahnya,tapi lupe untuk merenung isinya..
kite mungkin merenung isinya tp terlupe untuk memahami tarbiyahnya..
kita mungkin memahami tarbiyahnya, tetapi lupe untuk menghayati 'ibrahnya..
jom BEDAH QUR'AN!!! =)
Surat cinta dari ILAHI..
Untuk PENCINTA yang tercari-cari...
Identiti DIRI yang kelam diselaputi sepi..
Yang sebenarnya sekadar UJIAN yang takkan menyepi..
Bagi insan yang sentiasa mendambakan HAMPARAN CINTA yang abadi..
Yang penting, kene rajinlah cari..
Hehehe..
................................................................................
~ from Ukhti Ain Shafiqah, Wednesday, 00:35:58~
No comments:
Post a Comment