Pilihanraya kampus baru saje berlalu.. Sekarang bermulalah pula proses penyusunan organisasi baru dan penyelarasan tugas antara biro..
Itulah perjuangan mereka..
Itulah peluang yang Allah sediakan untuk mereka..
Alangkah beruntungnya mereka kerana terpilih untuk gugur di medan jihad ketika mempertahankan agamaNya…
Maka, cube kite renung kembali… Peluang itu sbnrnya juge tersedia buat kita.. Sebagai contoh, berjuang melalui metode organisasi… Berorgnisasi untuk memastikan bi’ah kita adalah bi’ah solehah… Segalanya bergantung pada diri kita sendiri.. Sama ada untuk merebut peluang yang ada ataupun mengabaikannya tanpa berfikir panjang…
Jikalau dulu, apabila seruan jihad dilaungkan, para sahabat akan menjawab, “ Kami sanggup berjuang kerana Allah dan Rasul!!! Pilihlah kami,wahai Rasulullah!!!..”
Amat jauh bezanya semangat juang yang ada dalam diri mereka berbanding dengan diri kita.. Betapanya lemahnya kita kan?
Apabila orang mengajak kita berjuang dalam organisasi, kita mengatakan kita tidak layak..
Apabila orang memilih kita untuk memegang taklifan, kita mencegah dengan mengatakan diri kita tak mampu..
Apabila orang memberikan kepercayaan pada kita untuk berbakti, kita menolak dengan mengatakan diri kita belum bersedia…
Astaghfirullah…
Saya tersentak dengan pernyataan2 yang sy cipta sendiri.. Betapa lemahnya diri ini sebenarnya..
Ya Allah…
Hadirkanlah semagat jihad itu dalam diriku..
Sematkanlah sekemas2nya semangat juang itu di dalam diriku dan shabat2ku…
Bangkitlah wahai pejuang!! Bangunlah dari lena yang panjang…
( Berjuang ertinya terkorban, rela terhina kerna kebenaran.. Antara dua jadi pilihan, dunia yang fana,atau syurga.. !!! )
Islam pasti MENANG!!! Allahuakbar!!!
1 comment:
aiwah!
ya..ISLAM pasti akn menang!!
dan tiada kemenangan tanpe digerakkan oleh kita, kita perlu memulakannya, kemenangan x kan datang sendiri,ALLAH boleh memenangkan ISLAM pd bila2 mase, namun DIA mahu melihat usaha kita ke arah mmbentuk kemnangan itu..renungan bersama,semoga kite terus thabat dlm pejuangan ini..amin (^_^)
Post a Comment