Assalamualaikum w.b.t....
........................................................................
"Janji pada aku dua perkara." Zaman mengepal penumbuk dan mendekatkannya pada dada kiriku.
"Pertama,ingati aku dalam setiap doamu."
Hati aku tiba-tiba rasa sebak. Sinaran mata Zaman, dan sentuhannya kepadaku membuatkan aku terasa seperti dia sedang meluahkan satu harapan yang teramat besar kepadaku.
"Kedua?"
Zaman menarik nafas sebentar. "Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku. Bila aku bengkok, kau luruskanlah aku."
Janji. Terpatri 15 tahun yang lalu. Tetapi, aku tidak tahu hendak menganggap bagaimana janji itu terhadapku. Janji kepada sahabat yang berharap, namun beberapa tahun selepas pemergiannya, kami terputus hubungan dan kemudian langsung tiada khabar berita yang kunjung tiba. Ibarat angin, dia hilang begitu sahaja. Terputus hubungan, dan langsung tiada perjumpaan.
Bila kita merujuk kembali kepada berkenaan ukhuwwah, kita akan dapat lihat bahawa, ukhuwwah yang baik itu tidak dapat tidak adalah dibina daripada keimanan yang benar kepada Allah SWT.....serendah-rendah ukhuwah adalah bersangka baik kepada sahabat kita...
.....tingkatan tertinggi ukhuwah, yakni ithar,ataupun melebihkan sahabat berbanding diri sendiri...melebihkan orang lain daripada diri sendiri adalah satu tadhiah (pengorbanan)..
Simfoni ukhuwah ini tidak lagi dimainkan dalam kehidupan masyarakat hari ini. Jangan kata melebihkan orang lain, hatta bersangka baik pun sudah hancur dimamah hasad dan bersangka-sangka. Tanpa ukhuwah, tidak akan terbina kesatuan ummah....
"Sanggup kau buat begini kepada aku!" Aku menunjuk ke arahnya.
Mata Zaman membesar.
"Kau yang khianat pada aku dahulu jahanam!" Dia menengking.
Aku terkejut. Adakah aku yang mengkhianati dia terlebih dahulu?
Zaman menunjuk kepada aku. "Kau, kau dah khianati persahabatan kita. Sebab, kau asingkan aku daripada kehidupan kau, aku jadi begini!"
Nafasku seperti tersekat. Kenapa? Kenapa aku pula yang dipersalahkan?
"Buat apa? Adakah kalau aku ceritakan kepada kamu, kamu hendak beralah dan membiarkan Atikah menjadi milik Zaman?"
Kemungkinan,itulah yang akan aku lakukan. Daripada memilih untuk menjadi seperti hari ini, Atikah diancam, dan Zaman terjerumus ke lembah kerosakan, lebih baik aku memilih untuk menafikan cinta untuk diri aku sendiri. Aku sayangkan Atikah. Aku sayangkan Zaman.
Senior melepaskan nafas lemah. "Sebab itu, aku tidak memberitahu apa-apa berkenaan perasaan Zaman terhadap Atikah kepada kamu. Aku tahu, kamu akan kasihankan Zaman lalu beralah."
"Tapi, sebab itulah dia jadi begini." Aku rasa bersalah.
"Buang rasa bersalah kamu. Jodoh itu di tangan Allah. Tambahan, Atikah tidak mencintai seseorang yang bernama Zaman. Atikah mencintai kamu." Senior memberitahu. Terus terang.
Aku diam. Memang daripada dulukah?
Jodoh dan takdir....
"Anakku,muhasabahlah dirimu. Perempuan baik untuk lelaki yang baik. Jika kau inginkan perempuan yang baik, maka perbaikilah dirimu. Allah jugalah yang memberikan kamu apa yang kamu pinta. Maka, jadikanlah cintamu kepada Allah sebagai pokok yang membuahkan cinta-cinta yang lain. InsyaAllah, kamu tidak akan kecewa bila silap, dan kamu akan rasa teramat bahagia bila betul."
"Kamu berkahwin, bukan kerana perempuan itu. Tetapi kamu hendak memenuhi amanah Rasulullah SAW dan arahan Allah SWT......
"Kalau kamu faham apa yang aku katakan ini, maka binalah diri kamu mulai hari ini. Kemudian, dengan yakin, kamu lamarilah dia. Tak semestinya dia itu jodoh kamu, tetapi kalau kamu silap, kamu tidak akan kecewa. Sebab kamu faham bahawa, kamu bukan berkahwin kerana dia."
Belajar untuk menghargai......
Bila sudah tiada, baru terasa bahawa nikmat itu satu perkara yang tidak tertanding..
Siapa yang mengasingkan siapa?
"Siapa yang membantu aku? Mereka semua pelajar agama!" Zaman berteriak marah.
"Semua mengasingkan aku!"
Ceritanya, pada saat menyempitkan itulah Khairul muncul...
"Cinta Rasulullah SAW kepada Khadijah, lebih tinggi daripada cinta kau kepada Atikah! Tetapi Baginda sedikit pun tidak berputus asa dengan Allah apabila Allah tarik Khadijah dari sisi Baginda!" Aku melaung.
Zaman senyap.
"Siapa yang mengasingkan kau,Zaman?" Aku bertanya lagi.
"Aku dan senior terus berhubungan dengan kau. Kau yang melarikan diri. Kau hilang keyakinan dengan persahabatan kita. Kau lebih percayakan Khairul....................
Melihat Zaman yang sudah mengacukan senjatanya kepada aku, aku merasakan bahawa kata-kataku tadi tidak sampai ke hatinya...
Tidak sampai.................
Andai kata aku dapat mengeluarkannya dari lembah asing itu........
"Zaman,aku tidak peduli apa yang kau fikir. Ketahuilah yang aku percayakan kau. Kalau kau tembak aku pun, aku harapkan kau kembali kepada Allah selepas ini."
"Matilah Saifullah!"
Kalau nak tahu, kena la bce novel TERASING, karangan HILAL ASYRAF... hehe...utk pengetahuan pembaca, apa yg tertulis di atas, saya ambil dari novel terasing...
Bg sy, penulisan novel ni agk berat,tp sgt terkesan...penulis menggarap dengan baik tentang erti ukhwah dan persahabatan....=)
Ha, dalam bnyk2 watak dalam novel ni, sy suka watak Amiri, namun saya tak sertakan la dialog Amiri... kenapa sy suke watak tu,ek? (mungkin ada persamaan antara kami,jeng3........tp,sy bukanlah anggota SEG dan teror bertarung ibarat pendekar mcm Amiri...)
TERASING....
ia membawa minda ini untuk berfikir....
kita psti pernah merasa jauh...jauh dari insan sekeliling...
rsa juga seperti disisihkn...
namun hakikatnya....
adakah mereka yg mengasingkan kita?
atau kita yang memilih untuk mengasingkan diri sendri....
TERASING...
kadang2,kita merasakan takdir hidup tidak memihak kepada kita...
seolah2,Allah mengasingkan kita dari mengecapi hidup yang kita impi-impikan...
namun,adakah itu BENAR?
adakah Allah yang mengasingkan kita daripada hidayah atau penghidupan?
atau kita yang mengasingkan diri daripada menggapai petunjuk dari Tuhan?...
Bukankah Allah ada berfirman...
"Dan jika hambaKu bertanya kepadamu berkenaan Aku, maka sesungguhnya Aku amat dekat."
(Surah al-Baqarah 2: 186)
Emmm....
Allah tidak pernah mengasingkan kita daripadaNya dan sentiasa dekat dengn kita...jd, jangan la rase terasing yep............hehe....
ok,moge kita smua mendapat manfaat atas perkongsian ni...=)
footnote :
* kpd pmbca : boleh juga bce buku SINERGI...turut membawa mesej tentang ukhuwah dan persahabatan...=) 1+1 = 3 (itulah SINERGI)