Saturday, February 19, 2011

...jOm seLawat...

Assalamualaikum w.b.t...

Bismillahirrahmanirrahim...

Di kesempatan ruang masa yang begitu mencemburui diri ini...
Sy menyeru pada diri sy dan pembaca yang budiman untuk berselawat ke ats junjungan Nabi kita, Muhammad s.a.w...

Perbanyakkan selawat ke atas Baginda...
Semoga roh dan semangat perjuangan yang ditinggalkan sentiasa mengalir dalam diri dan jiwa kita untuk memartabatkan Islam...

Allahumma solli 'ala Muhammad...
(^_^)...

Untuk Kekasihku yang dirindui...

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

~Dia Kekasih Allah~

....salam maulidurrasul...Wallahu'alam....

Wednesday, February 2, 2011

...eKosisTem beRmasaLah?...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Pertama2 skali,sblum sy menruskan penulisan utk entry kli ni, marilah same2 kite berdoa agr pergolakan di Mesir bertemu penghujungnya dan semoga saudara2 kita di sana terselamat daripada tindakan rejim yang kejam!! ~Allahumma Amiin...





ha, berbalik pada persoalan di atas...

ble berlaku banjir kilat...(seperti di selatan tanah air ketika ini)
ble berlaku tanah runtuh..
ble berlaku hakisan tanah..
ble berlaku kemarau panjang...
ble berlaku tsumani..
dan bile berlaku len2 bencana...

pasti kite akan kate/kaitkan bahawa:
ekosistem kite bermasalah agaknya...
lapisan ozon dah nipis la...
tak pun, berlaku pergerakan plat kat bawah tanah tu...

jarang2 kite menyebut:
"Astagfirullah"..

susah kdg2 untuk mengajak minda ini berfikir:
"Apakah ini bala atau peringatan dari Allah?"
Astagfirullah...

...................................................

Pulangkanlah ingatan kita pada Allah...

Kerana Allah telah berfirman :

“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

~Surah Al-A’raf ayat 7~

Cuba teliti terjemahan ayat di atas:

Kurniaan Allah amatlah melimpah2 bagi hambaNya yang bertaqwa..

dan bagi siapakah azab dan seksaan?
sudah pasti bg mereka yg alpa dan mendustakan Rasul serta peringatan dari Allah..

Jd, kejadian atau bencana yg berlaku sejak akhir2 ini,pasti ada kaitan dengan kealpaan kita,kan???..

cube renung dan insafi smule...
di manakah kedudukan kita...
di manakah posisi kita...
apakah masih dalam rahmat kasih sayangNya..
atau..
telah menghampiri kemurkaanNya?
~na'uzubiLlahi min zalik..

andaikata bencana yg menimpa itu disebabkan oleh ekosistem yang bermasalah..
mungkin ada benarnya..
mungkin itulah hujah saintifik yang terbaik yang mampu kita ungkapkan..

namun,kita mungkin silap...
kita sebenarnya terlalu mudah mengambil kesimpulan awal..
kenapa?
kerana kita lupa satu perkara..
Iaitu : PEMILIK EKOSISTEM ADALAH ALLAH MAHA ESA..
SubhanAllah..

Dialah Pengatur alam...
Dialah pencatur takdir..
Dan kita...
Hanyalah HAMBA..
Dan apakah tugas bagi seorang hamba?

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

~ Surah Adz-Zaariyat : 56 )

Bencana itu peringatan..
Kepada kita yang sememangnya sentiasa lalai..
Agar kembali ke pangkal jalan..

Malulah kita kepadaNya..
Kembalilah kita kepadaNya...
Betulkanlah kealpaan kita yang semalam...
Topup lah smula amal dan tugas yang pernah kita lupa utk laksanakan kepadaNya..
DAN...
Semoga esok menjanjikan rahmat yang sentiasa berpanjangan...
Amiin...



footnote:
same2lah kite memperbaiki diri yep...

~Wallahu'alam~